Permohonan Jawatan Kosong Kastam 2020 Online



Permohonan Jawatan Kosong Kastam 2020 Online|ADAKAH anda berminat berkhidmat sebagai anggota Kastam DiRaja Malaysia? Bilakah tarikh permohonan jawatan kosong Kastam tahun 2020 dibuka? Untuk makluman anda, permohonan jawatan kosong Kastam kini telah dibuka secara online sehingga 25 Mac 2018 (Ahad) jam 11.59 malam menerusi Portal Rasmi SPA. Menerusi Laman Web Rasmi SPA, terdapat 40 kekosongan dengan 80 simpanan jawatan kosong Penolong Penguasa Kastam Gred WK29.

Permohonan Jawatan Kosong Kastam 2018 Online

Bagi calon yang berminat, permohonan jawatan kosong Kastam boleh dibuat melalui pendaftaran Borang SPA8i di Portal Rasmi SPA.

Permohonan Jawatan Kosong Kastam 2020 Online

Berikut dikongsikan cara permohonan jawatan kosong Penolong Penguasa Kastam Gred WK29 secara online melalui Portal Rasmi SPA:

1. Permohonan boleh dibuat secara online
    melalui Portal Rasmi SPA seperti berikut:
KLIK 👉 Borang Putra 2
KLIK 👉 Borang Putra 12

2. Masukkan MyID dan Kata Laluan yang
    telah didaftarkan. Klik pada butang 'Log 
    Masuk'.

Jawatan Kosong Penolong Penguasa Kastam Gred WK29

Berikut adalah maklumat mengenai jawatan kosong Penolong Penguasa Kastam Gred WK29:

◾ Gaji Minimum: RM 1,498
◾ Gaji Maksimum: RM 5,678
◾ Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM 145

Syarat Kelayakan Permohonan Jawatan Kosong Kastam

Antara syarat kelayakan adalah seperti berikut:

1. Warganegara Malaysia;

2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun
    pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

3. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau
    kelayakan yang diiktiraf setaraf oleh
    Kerajaan (Gaji Permulaan pada Gred
    WK29 : RM1,498.00); atau

4. Sijil Tinggi Agama Malaysia atau
    kelayakan yang diiktiraf setaraf
    dengannya oleh Kerajaan. (Gaji
    Permulaan pada Gred WK29 :
    RM1,498.00); atau

5. Diploma dalam bidang berkaitan oleh
    Kerajaan daripada institusi pengajian
    tinggi tempatan atau kelayakan yang
    diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji
    Permulaan pada Gred WK29: RM1,776.08)

6. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki
    Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C)
    dalam subjek Bahasa Melayu pada
    peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil
    Vokasional Malaysia atau kelulusan yang
    diiktiraf setaraf dengannya oleh
    Kerajaan.

Deskripsi Tugas Penolong Penguasa Kastam Gred WK29

i. Menyediakan laporan-laporan harga serta menyelenggara doket-doket harga agensi, surat-surat pekeliling Jabatan, surat-surat jaminan bank.

ii. Membantu dalam tugas-tugas penjenisan barang-barang dan taksiran harga barang-barang bagi tujuan pungutan duti.

iii. Mengawal pergerakan barang-barang kedai-kedai bebas cukai, memproses permohonan-permohonan pengecualian dari perlesenan cukai jualan.

iv. Mengawal perolehan, penyimpanan serta pelupusan barang-barang rampasan dalam stor-stor pencegah.

v. Menyemak invois-invois syarikat bagi menentukan peraturan-peraturan cukai jualan dipatuhi.

vi. Menyelenggara penyata-penyata bayaran cukai jualan/cukai perkhidmatan/kad-kad lejer bayaran-bayaran cukai pelesenan dan menjalankan tugas-tugas penguatkuasaan perkastaman yang lain.

Iklan Jawatan Kosong Kastam: Penolong Penguasa Kastam Gred WK29

Untuk maklumat lanjut tentang jawatan kosong Kastam, sila rujuk iklan dibawah:

Permohonan Jawatan Kosong Kastam 2018 Online

Selamat membuat permohonan Jawatan Kosong Kastam SPA 2020! Semoga anda berjaya mendapat tawaran pekerjaan Kastam!

1 comment:

  1. Harap la lepas kali ni. Sudah banyak kali memohon tapi tak lepas.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.