Permohonan Jawatan Kosong Polis DiRaja Malaysia PDRM 2019 Online

Permohonan Jawatan Kosong Polis DiRaja Malaysia PDRM 2019 Online|ADAKAH anda berminat menjadi anggota Polis? Bagaimana cara memohon menjadi anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM)? Perhatian buat anda yang berminat mengisi kekosongan jawatan PDRM tahun 2019. Menerusi Portal Polis Diraja Malaysia (PDRM), permohonan jawatan kosong PDRM 2019 dijangka dibuka pada bulan Februari 2019.

Permohonan Jawatan Kosong Polis DiRaja Malaysia PDRM 2018 Online

Sedia maklum, jawatan kosong Polis Diraja Malaysia adalah terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia yang berumur dari 18 hingga 35 tahun. Permohonan jawatan kosong di PDRM adalah melalui pendaftaran Borang SPA8i. Semakan status panggilan temuduga PDRM boleh dibuat melalui Sistem Semakan Online (SSO) PDRM mulai 1 April 2016.

Permohonan Jawatan Kosong Polis DiRaja Malaysia PDRM 2018 Online

Berikut dikongsikan cara permohonan jawatan kosong PDRM tahun 2018 secara online melalui Portal Suruhanjaya Perkhidmatam Awam (SPA):

1. Anda perlu mendaftar akaun terlebih
    dahulu sebelum mengisi borang SPA.
    Bagi pemohon yang tidak pernah
    mendaftar dan tidak ada ID: sila klik
    - Daftar Baru

2. Untuk mendaftar SPA8i secara online,
    layari dengan klik pada Borang SPA8i 
    Online.

3. Pemohon perlu mengisi maklumat yang
    diminta dengan lengkap.

4. Hadirkan diri ke sesi temuduga terbuka
    dengan membawa salinan borang
    permohonan SPA yang telah diisi.

Jawatan Kosong Polis DiRaja Malaysia (PDRM)

1. Inspektor Gred YA13 (Lelaki/Wanita)
2. Sarjan Gred YA5 (Lelaki/Wanita)
3. Konstabel Gred YA1 (Lelaki/Wanita)
4. Konstabel Sokongan YT1 (Lelaki/Wanita)
5. Konstabel Orang Asli Gred YP1
    (Lelaki/Wanita)

Tarikh dan Tempat Permohonan Jawatan Polis DiRaja Malaysia (PDRM)

A. Temuduga Eksesais Pengambilan
     Jawatan Inspektor

◾ Tarikh Dibuka: 19 Februari 2018
◾ Tarikh Ditutup: 19 Mac 2018
◾ Tempat: Seluruh Balai Polis, IPK dan IPD
      Malaysia

*Permohonan jawatan Inspektor terbuka bagi lelaki dan wanita dengan syarat kelulusan akademik sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda.

B. Temuduga Eksesais Pengambilan
     Jawatan Sarjan dan Konstabel

◾ Tarikh Dibuka: 22 Februari 2018
◾ Tarikh Ditutup: 26 Mac 2018
◾ Tempat: Seluruh Balai Polis, IPK dan IPD
      Malaysia

*Permohonan jawatan Sarjan dibuka untuk lelaki dan wanita. Manakala, jawatan Konstabel hanya terbuka untuk lelaki sahaja.

Syarat Kelayakan Permohonan Jawatan Polis DiRaja Malaysia (PDRM)

◾Terbuka kepada warganegara Malaysia 
     sahaja
◾Lelaki dan Wanita dengan umur tidak 
     kurang 18 tahun dan tidak melebihi 35 
     tahun
◾Sekurang-kurangnya ada kelulusan 
     PMR/PT3 dan maksimum PhD
◾Ketinggian mestilah tidak kurang 1.63m 
     bagi lelaki dan 1.57m bagi wanita
◾Melepasi semua ujian fizikal pada sesi 
     temuduga
◾Syarat khusus permohonan Polis: 

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan, sila hubungi di Unit Pengambilan PDRM di talian 03 -2266 8349 / 8350.

Selamat membuat Permohonan Polis DiRaja Malaysia PDRM tahun 2019 secara online!

No comments

Powered by Blogger.