Permohonan Kolej Komuniti Sesi 2018 Online

Permohonan Kolej Komuniti Sesi 2018 Online|ANDA berminat menyambung pelajaran ke Kolej Komuniti tahun 2018? Bilakah tarikh permohonan kemasukan ke Kolej Komuniti 2018? Perhatian buat anda yang berminat menyambung pelajaran ke Kolej Komuniti. Untuk makluman anda, permohonan Kolej Komuniti sesi 2018 telah dibuka secara online melalui aplikasi disediakan dibawah.

Permohonan Kolej Komuniti Sesi 2018 Online

Sedia maklum, pengambilan Kolej Komuniti adalah pada bulan Mac, Julai dan November setiap tahun. Program pengajian yang ditawarkan adalah Sijil dan Diploma Kolej Komuniti dan Sijil Kemahiran Khas.

Permohonan Kolej Komuniti Sesi 2018 Online

Berikut dikongsikan maklumat penting yang memaparkan cara permohonan Kolej Komuniti. Terdapat TIGA (3) kaedah permohonan Kolej Komuniti seperti berikut:

Cara Permohonan Kolej Komuniti 2018 Online

A. Melalui UPU Online

Permohonan kemasukan ke Kolej Komuniti telah dibuka dari bulan Februari hingga April melalui Permohonan UPU Online. Pemohon diingatkan membeli No. Pin Unik UPU terlebih dahulu di Bank Simpanan Nasional (BSN) sebelum mengakses borang secara online.

B. Melalui e-Pengambilan Kolej Komuniti

Pemohon boleh layari melalui pautan seperti berikut: 👉 Borang Online Kolej Komuniti

C. Hadir Sendiri ke Kolej Komuniti

Pemohon boleh juga membuat permohonan Kolej Komuniti secara walk-in ke Kolej Komuniti yang ingin dipohon.

Semakan Tawaran Kemasukan Kolej Komuniti Online

Berikut dikongsikan cara semakan tawaran kemasukan Kolej Komuniti secara online:

1. Untuk membuat semakan, anda perlu
    layari melalui pautan seperti berikut:
KLIK: 👉 https://online.jpkk.edu.my/esemakan/

2. Masukkan No. Kad Pengenalan atau ID
    dan klik pada butang 'Hantar'.

Cara Hubungi

Permohonan Kemasukan ke Kolej Komuniti bagi Ambilan Mac 2018 telah dibuka atau hubungi kami @ Kolej Komuniti HQ di talian 03-8888 2633 (waktu pejabat 8.00 pagi – 5.00 petang) untuk maklumat lanjut.

Selamat membuat permohonan Kolej Komuniti tahun 2018 secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran Kolej Komuniti!

No comments

Powered by Blogger.