Permohonan Pegawai Imigresen Gred KP19 Jabatan Imigresen Malaysia

Permohonan Pegawai Imigresen Gred KP19 Jabatan Imigresen Malaysia|ANDA calon lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)? Adakah anda berminat berkhidmat sebagai kakitangan kerajaan di Jabatan Imigresen Malaysia (JIM)? Berita baik buat anda lepasan SPM yang sedang mencari kerja di sektor kerajaan. Menerusi Portal Rasmi SPA, terdapat 415 kekosongan jawatan Pegawai Imigresen Gred KP19. Permohonan kini telah dibuka secara online sebelum tarikh tutup 25 Mac 2018 (Ahad) jam 11.59 malam.


Permohonan Pegawai Imigresen Gred KP19 Jabatan Imigresen Malaysia

Sedia maklum, tugas Pegawai Imigresen Gred KP19 adalah Bertanggungjawab menerima/menyemak permohonan daripada warganegara dalam urusan pengeluaran passport dan dokumen perjalanan, pengeluaran visa, pas dan permit kepada rakyat asing yang memasuki negara untuk tujuan melancong, melabur, berniaga, belajar dan sebagainya, membuat tugas-tugas penguatkuasaan dan tugas-tugas imigresen di pintu-pintu masuk. Permohonan jawatan Pegawai Imigresen Gred KP19 hendaklah dibuat secara online melalui Borang SPA8i.

Permohonan Pegawai Imigresen Gred KP19 Jabatan Imigresen Malaysia

Berikut dikongsikan maklumat penting mengenai cara permohonan jawatan kosong Pegawai Imigresen Gred KP19 secara online:

Cara Permohonan Pegawai Imigresen Gred KP19

1. Pemohon perlu layari Portal Rasmi SPA
    melalui pautan seperti berikut:
KLIK: 👉 https://putra2.spa.gov.my/spa8new/login.jsp
Atau:-
KLIK: 👉 https://putra12.spa.gov.my/spa8new/login.jsp

2. Kemudian, masukkan MyID / No. Kad
    Pengenalan dan Kata Laluan. Klik pada
    butang 'Log Masuk'.

3. Bagi yang belum mempunyai ID akaun
    SPA, anda perlu mendaftar akaun SPA -
    Klik 'Daftar Akaun'.

Syarat Kelayakan Permohonan Jawatan Kosong Pegawai Imigresen Gred KP19

Berikut adalah syarat kelayakan permohonan Jawatan Kosong Pegawai Imigresen Gred KP19:

i. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki
   kelayakan seperti berikut:

a. Warganegara Malaysia;

b. Berumur tidak kurang dari 18 tahun
pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

c. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM1,360.00); atau

d. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM1,416.40); atau

e. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM1,472.80).

ii. Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal
     dan pancaindera seperti yang berikut:

a. Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
b. Berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
c. Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
d. Mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan semasa menarik nafas 84sm (lelaki sahaja);
e. Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
f. Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
g. Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.

iii. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki
      Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C)
      dalam subjek Bahasa Melayu pada
      peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil
      Vokasional Malaysia atau kelulusan
      yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
      Kerajaan.

Jawatan Kosong Pegawai Imigresen Gred KP19

Berikut dikongsikan maklumat jawatan kosong Pegawai Imigresen Gred KP19:

◾ Gaji Minimum: RM 1,360
◾ Gaji Maksimum: RM 4,052
◾ Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM 100

Iklan Jawatan Kosong Jabatan Imigresen Malaysia: Pegawai Imigresen Gred KP19


Permohonan Pegawai Imigresen Gred KP19 Jabatan Imigresen Malaysia

Selamat membuat permohonan Jawatan Kosong Pegawai Imigresen Gred KP19 secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran pekerjaan di Jabatan Imigresen Malaysia!

No comments

Powered by Blogger.