Permohonan Program Diploma PPUM 2018 Online

Permohonan Program Diploma PPUM 2018 Online|ADAKAH anda berminat menceburi bidang kejururawatan dan perubatan? Bilakah tarikh permohonan kemasukan ke Diploma PPUM tahun 2018? Perhatian buat anda yang ingin memohon Diploma Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sesi 2018. Untuk makluman anda, permohonan Diploma PPUM 2018 akan dibuka mulai 11 Mac 2018 hingga 27 Mac 2018.

Permohonan Program Diploma PPUM 2018 Online

Permohonan Diploma PPUM adalah melibatkan program Diploma Kejururawatan, Diploma Radiografi dan Diploma Teknologi Maklumat Perubatan. Anda dikehendaki memilih salah satu daripada TIGA program yang ditawarkan.

Permohonan Program Diploma PPUM 2018 Online

Berikut dikongsikan maklumat penting yang memaparkan tarikh dan aplikasi permohonan serta syarat kelayakan:

◾ Tarikh Dibuka: 11 Mac 2018
◾ Tarikh Ditutup: 27 Mac 2018
◾ Aplikasi Permohonan:
KLIK: 👉 http://spp.ummc.edu.my

Cara Permohonan Diploma PPUM 2018 Online

1. Pemohon perlu layari secara online
    melalui aplikasi pautan seperti berikut:
KLIK: 👉 http://spp.ummc.edu.my

2. Pemohon perlu membeli ID PPUM yang
    boleh didapati di Bank Simpanan
    Nasional (BSN) mulai 5 Mac 2018. Harga
    PIN ID PPUM adalah RM 10.06 sahaja.

3. ID PPUM juga boleh digunakan untuk
    menyemak panggilan temuduga melalui
    Laman Web Rasmi PPUM.

4. Isikan maklumat borang permohonan
    secara online dengan betul dan lengkap.

Iklan Permohonan Diploma PPUM 2018 


Permohonan Program Diploma PPUM 2018 Online

Tarikh Penting Permohonan Diploma PPUM 2018

Berikut adalah tarikh penting permohonan Diploma PPUM 2018:

◾Tarikh Permohonan: 11 Mac hingga 27
     Mac 2018
◾Panggilan Temuduga: 6 April hingga 11
     April 2018
◾Semakan Keputusan / Temuduga: 28 Mei
     hingga 3 Jun 2018
◾Tarikh Pendaftaran: 8 Julai 2018

Syarat Kelayakan Permohonan Diploma PPUM

Antara syarat kelayakan permohonan Diploma PPUM adalah seperti berikut:

A. Syarat Am

1. Umur : Berumur 18 hingga 22 tahun
2. Jantina : Lelaki dan Perempuan
3. Taraf Perkahwinan : Bujang
4. Tempoh Program : 3 Tahun (Sepenuh
    Masa)

B. Syarat Kelayakan Akademik

1. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau
    setaraf dengannya dan mendapat:
◾Kepujian dalam Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan), Bahasa Inggeris dan Matematik, SERTA
◾Bagi Program Diploma Kejururawatan – memperolehi kepujian dalam dua mata pelajaran dan salah satu mata pelajaran adalah Sains Teras atau Sains Tulen (keutamaan dalam mata pelajaran Biologi)
◾Bagi Program Diploma Radiografi – memperolehi kepujian dalam dua mata pelajaran Sains Tulen (keutamaan dalam mata pelajaran Fizik dan Biologi)
◾Bagi Program Teknologi Makmal Perubatan – memperolehi kepujian dalam dua mata pelajaran Sains Tulen (keutamaan dalam mata pelajaran Kimia dan Biologi)

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan, sila hubungi di talian 03 - 2028 7047 / 03 - 2028 7071 (Jam 8 pagi hingga 5 petang, Isnin - Jumaat
Emel: spp@ummc.edu.my

Selamat membuat permohonan Program Diploma PPUM tahun 2018 secara online!

No comments

Powered by Blogger.