Permohonan Program Diploma PPUM 2019 Online



Permohonan Program Diploma PPUM 2019 Online|ADAKAH anda berminat menceburi bidang kejururawatan dan perubatan? Bilakah tarikh permohonan kemasukan ke Diploma PPUM tahun 2019? Perhatian buat anda yang ingin memohon Diploma Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sesi 2019. Untuk makluman anda, permohonan Diploma PPUM 2019 akan dibuka mulai 25 Mac 2019 hingga 17 April 2019.

Permohonan Program Diploma PPUM 2018 Online

Permohonan Diploma PPUM adalah melibatkan program Diploma Kejururawatan, Diploma Radiografi dan Diploma Teknologi Maklumat Perubatan. Anda dikehendaki memilih salah satu daripada TIGA program yang ditawarkan.

Permohonan Program Diploma PPUM 2018 Online

Berikut dikongsikan maklumat penting yang memaparkan tarikh dan aplikasi permohonan serta syarat kelayakan:

◾ Tarikh Dibuka: 25 Mac 2019
◾ Tarikh Ditutup: 17 April 2019
◾ Aplikasi Permohonan:
KLIK: 👉 http://spp.ummc.edu.my

Cara Permohonan Diploma PPUM 2019 Online

1. Pemohon perlu layari secara online
    melalui aplikasi pautan seperti berikut:
KLIK 👉 http://spp.ummc.edu.my

2. Pemohon perlu membeli ID PPUM yang
    boleh didapati di Bank Simpanan
    Nasional (BSN) mulai 25 Mac 2019. Harga
    PIN ID PPUM adalah RM 10.06 sahaja.

3. ID PPUM juga boleh digunakan untuk
    menyemak panggilan temuduga melalui
    Laman Web Rasmi PPUM.

4. Isikan maklumat borang permohonan
    secara online dengan betul dan lengkap.

Iklan Permohonan Diploma PPUM 2019



Tarikh Penting Permohonan Diploma PPUM 2019

Berikut adalah tarikh penting permohonan Diploma PPUM 2019:

◾Tarikh Permohonan: 25 Mac hingga 17
     April 2019
◾Panggilan Temuduga: 29 April hingga 3
     Mei 2019
◾Semakan Keputusan / Temuduga: 1
     hingga 6 Julai 2019
◾Tarikh Pendaftaran: 7 Julai 2019

Syarat Kelayakan Permohonan Diploma PPUM

Antara syarat kelayakan permohonan Diploma PPUM adalah seperti berikut:

A. Syarat Am

1. Umur : Berumur 18 hingga 22 tahun
2. Jantina : Lelaki dan Perempuan
3. Taraf Perkahwinan : Bujang
4. Tempoh Program : 3 Tahun (Sepenuh
    Masa)

B. Syarat Kelayakan Akademik

1. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau
    setaraf dengannya dan mendapat:
◾Kepujian dalam Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan), Bahasa Inggeris dan Matematik, SERTA
◾Bagi Program Diploma Kejururawatan – memperolehi kepujian dalam dua mata pelajaran dan salah satu mata pelajaran adalah Sains Teras atau Sains Tulen (keutamaan dalam mata pelajaran Biologi)
◾Bagi Program Diploma Radiografi – memperolehi kepujian dalam dua mata pelajaran Sains Tulen (keutamaan dalam mata pelajaran Fizik dan Biologi)
◾Bagi Program Teknologi Makmal Perubatan – memperolehi kepujian dalam dua mata pelajaran Sains Tulen (keutamaan dalam mata pelajaran Kimia dan Biologi)

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan, sila hubungi di talian 03 - 2028 7047 / 03 - 2028 7071 (Jam 8 pagi hingga 5 petang, Isnin - Jumaat
Emel: spp@ummc.edu.my

Selamat membuat permohonan Program Diploma PPUM tahun 2019 secara online!

No comments

Powered by Blogger.