Permohonan Skim Pinjaman Perumahan (SPP) 2018 Online

Permohonan Skim Pinjaman Perumahan (SPP) 2018 Online|ANDA berminat memohon Skim Pinjaman Perumahan tahun 2018? Bagaimana cara memohon Skim Pinjaman Perumahan (SPP)? Perhatian buat anda yang berpendapatan rendah dan masih belum memiliki rumah sendiri. Untuk makluman anda, permohonan Skim Pinjaman Perumahan (SPP) bagi nilai pinjaman maksimum RM 60,000 telah dibuka mulai 1 Januari 2018.

Permohonan Skim Pinjaman Perumahan (SPP) 2018 Online

SPP diwujudkan bertujuan menyediakan kemudahan pinjaman kepada golongan berpendapatan rendah yang masih belum memiliki rumah sendiri. Skim ini adalah salah satu usaha Kerajaan untuk membantu golongan berpendapatan rendah membiayai kos pembinaan rumah supaya golongan ini sekurang-kurangnya mempunyai sumber untuk memiliki rumah sendiri.

Permohonan Skim Pinjaman Perumahan (SPP) 2018 Online

Berikut dikongsikan maklumat penting yang memaparkan cara permohonan dan syarat pinjaman:

Cara Permohonan Skim Pinjaman Perumahan (SPP) 2018 Online

1. Pemohon perlu layari Laman Web
    Jabatan Perumahan Negara melalui
    pautan seperti berikut:
KLIK 👉 Borang Permohonan Skim Pinjaman Perumahan

2. Isikan maklumat borang di ruangan
    disediakan dengan lengkap.

3. Setelah siap diisi, hantarkan borang
    permohonan ke Alamat seperti berikut:

Cawangan Pembiayaan Perumahan
Bahagian Pengurusan Perumahan
Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Aras 30, No 51, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 Putrajaya
MALAYSIA

Syarat Pinjaman

1. Syarat Kelayakan Permohonan

 a. Pemohon dan pasangan adalah
     warganegara Malaysia
b. Berumur 21 hingga 70 tahun
c. Bekerja dan mempunyai pendapatan
d. Bukan kakitangan Kerajaan atau pesara
    (termasuk pasangan)
e. Pemohon dan pasangan belum
    mempunyai rumah
f. Jumlah pendapatan kasar isi rumah di
   antara RM1,000.00 hingga RM3,000.00
   sebulan
g. Memiliki tanah sendiri atau tanah milik
    ahli keluarga terdekat
 
2. Syarat Pinjaman

a. Had Pinjaman Maksimum RM60,000.00
    (tidak termasuk perlindungan insuran)
b. Tempoh maksimum bayaran balik
     pinjaman 35 tahun atau sehingga umur
     70 tahun.
c. Caj perkhidmatan 2% ke atas pinjaman.
d. Perlu mengambil perlindungan insuran
    yang disediakan oleh Panel Insuran,
    Jabatan Perumahan Negara ke atas
    rumah yang dibina
 
3. Syarat Pinjaman Generasi Kedua

a. Pilihan pinjaman 2 generasi bagi
    pemohon yang berumur 45 tahun hingga
    70 tahun dengan syarat penama kedua
    berumur 21 hingga 35 tahun,
    berpendapatan minimum RM1000.00 dan
    bukan kakitangan kerajaan.
b. Perlindungan insuran hanya untuk
    generasi kedua sahaja
c. Generasi ke-2 mestilah anak kandung
    kepada pemohon
 
4. Syarat Cagaran Tanah

a. Mencagar tanah milik peminjam atau
    tanah milik ahli keluarga terdekat
    dengan kebenaran bertulis pemilik
    tanah.
b. Nilai tanah (berdasarkan penilaian
    Jabatan Penilaian & Perkhidmatan Harta)
    yang dicagar tidak kurang daripada
    jumlah pinjaman.
c. Bagi tanah milikan secara pajakan, perlu
    mematuhi syarat berikut;
d. Baki tempoh pajakan tanah yang dicagar
    sekurang-kurangnya 40 tahun.
e. Mendapat kebenaran mencagar tanah
    daripada Pihak Berkuasa Negeri
 
5. Syarat Pembinaan Rumah

a. Rumah kos rendah - keluasan lantai 700 –
    1,000 kaki persegi, sekurang-kurangnya 3
    bilik tidur dan 2 bilik air, ruang tamu dan
    dapur.
b. Diberi pilihan untuk menggunakan
    pelan-pelan yang disediakan oleh Jabatan
    Perumahan Negara (JPN) SAHAJA.
c. Pemohon TIDAK boleh menggunakan
    pelan sendiri
d. Mendapatkan kelulusan Pelan Bangunan
    oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) jika
    diperlukan
e. Perlantikan kontraktor diuruskan oleh
    peminjam dan kontraktor tersebut:-
f. Kontraktor tempatan mengikut kawasan
   DUN;
g. Mempunyai Pendaftaran Syarikat atau
    Perakuan Pendaftaran CIDB yang masih
    sah;
h. Memiliki punca kewangan yang
    mencukupi dengan had minima
    kewangan adalah RM5,000
i. Memiliki pengkhususan kerja berkaitan
   bidang pembinaan

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan, sila hubungi di Alamat:

Cawangan Pembiayaan Perumahan
Bahagian Pengurusan Perumahan
Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Aras 30, No 51, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 Putrajaya
MALAYSIA
Tel : 03-8891 4060, 4049, 4048
Faks: 03-8891 4269
Emel: spp@kpkt.gov.my

Selamat membuat Permohonan Skim Pinjaman Perumahan (SPP) 2018 secara online! Semoga anda berjaya dalam permohonan SPP!

No comments

Powered by Blogger.