Permohonan SPA8i 2020 Lepasan SPM STPM STAM



Permohonan SPA8i 2020 Lepasan SPM STPM STAM|ANDA berminat bekerja sebagai kakitangan awam di sektor kerajaan? Bagaimana cara memohon jawatan kosong SPA secara online? Panduan buat anda lepasan SPM, STPM, STAM, Diploma dan Ijazah yang berminat bekerja di sektor Perkhidmatan Awam. Untuk makluman anda, kini anda boleh membuat permohonan SPA8i secara online melalui borang SPA8i.

Permohonan SPA8i 2018 Lepasan SPM STPM STAM

Semua pemohon baharu adalah diwajibkan mendaftar akaun SPA terlebih dahulu sebelum mengakses secara online melalui Borang Permohonan SPA8i. Sedia maklum, permohonan jawatan kosong SPA akan dibuka pada setiap tahun bagi lepasan Sijil/SPM, Diploma dan Ijazah.

Permohonan SPA8i 2020 Lepasan SPM STPM STAM 

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara membuat permohonan SPA8i tahun 2020 bagi lepasan SPM, STPM dan STAM:

1. Untuk mendaftar SPA, sila layari atau klik
    pada borang SPA8i melalui pautan
    seperti berikut:
KLIK 👉 BORANG PUTRA 2
KLIK 👉 BORANG PUTRA 12

2. Pemohon perlu daftar nama dan butiran
    anda sebelum mengisi borang SPA8i. Bagi
    pemohon baru dan tidak mempunyai ID,
    anda perlu mendaftar akaun terlebih
    dahulu sebelum mengisi SPA8i. - Daftar 
    Akaun SPA8i

3. Selepas pemohon membuat pendaftaran,
    anda perlu mengisi semua maklumat
    yang diminta seperti maklumat peribadi,
    aktiviti dan akademik.

4. Selepas itu, anda dikehendaki untuk
    mengisi jawatan yang ingin dipohon
    mengikut kelayakan akademik anda.

Permohonan SPA8i 2018 Lepasan SPM STPM STAM

Syarat Permohonan Borang SPA8i

Antara syarat permohonan borang SPA8i adalah seperti berikut:

◾Tempoh sah laku pendaftaran calon dipendekkan daripada lima (5) tahun kepada satu (1) tahun.

◾Permohonan jawatan tanpa had  dikurangkan kepada lima belas (15) jawatan sahaja.

◾Permohonan jawatan adalah terhad kepada dasar One Step Lower iaitu calon yang memiliki Ijazah hanya boleh memohon jawatan di peringkat ijazah sahaja.

◾Pendaftaran permohonan jawatan adalah sepanjang masa dan diterima melalui online sahaja.

◾Sebarang surat menyurat dan pengakuan penghantaran resume tidak diperlukan.

Cara Hubungi

Untuk maklumat lanjut mengenai Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, sila layari Portal Rasmi di http://www.spa.gov.my

Selamat membuat Permohonan SPA8i Lepasan SPM, STPM dan STAM tahun 2020! Semoga anda berjaya mendapat tawaran pekerjaan di sektor kerajaan!

No comments

Powered by Blogger.