Semakan Keputusan SPM 2017 Pada 15 Mac 2018



Semakan Keputusan SPM 2017 Pada 15 Mac 2018|BERITA baik buat calon lepasan SPM tahun 2017. Bilakah tarikh keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2017 diumumkan? Untuk makluman anda, menerusi Laman Web Rasmi KPM, semakan keputusan SPM 2017 boleh dibuat secara online pada 15 Mac 2018, hari Khamis mulai jam 10 pagi. Pada tahun lepas, tarikh keputusan SPM adalah pada hari Khamis, 16 Mac 2017.

Semakan Keputusan SPM 2017 Pada 15 Mac 2018

Pelajar boleh mendapatkan slip keputusan SPM bermula jam 10 pagi di sekolah masing-masing. Bagi mereka yang berjaya mendapat keputusan cemerlang, berpeluang melanjutkan pelajaran tinggi ke UA/ IPTA melalui Permohonan UPU Online.

Semakan Keputusan SPM 2017 Pada 15 Mac 2018

Berikut dikongsikan maklumat penting yang memaparkan tarikh dan aplikasi semakan:

◾Tarikh Semakan: 15 Mac 2018 (Mulai jam
     10 pagi)
◾Aplikasi Semakan:
KLIK: 👉 SPPAT

Cara Semakan Keputusan SPM 2017 Online dan SMS

A) Semakan Secara Online

1. Pemohon perlu layari Laman Web Rasmi
    KPM melalui pautan seperti berikut:
KLIK: 👉 SPPAT atau Lembaga Peperiksaan Malaysia

Sistem semakan akan hanya diaktifkan bermula dari tarikh keputusan peperiksaan diumumkan.

B) Semakan Melalui SMS

Taipkan:
SPM<jarak>No. Kad Pengenalan<jarak>Angka Giliran dan Hantar ke 15888

Contoh: SPM 00527031324 WY189A123

Perkhidmatan tersebut akan diaktifkan bermula 10 pagi, 15 Mac 2018 sehingga 6 petang, 21 Mac 2018.

C) Melalui Aplikasi Mobile

Keputusan SPM juga boleh disemak menggunakan aplikasi mobile dengan memuat turun aplikasi e-Lembaga Peperiksaan di Play Store (Android). Aplikasi ini dibangunkan oleh Lembaga Peperiksaan (LP) selaras dengan inisiatif perkongsian maklumat kerajaan dan orang awam.

D) Hadir ke Sekolah

Calon boleh mendapatkan keputusan SPM dari sekolah masing-masing mulai jam 10 pagi pada tarikh keputusan diumumkan.

Cara Mendapatkan Slip Keputusan SPM 2017

A. Calon Sekolah

◾Pelajar boleh mendapatkan keputusan
     melalui sekolah masing-masing pada
     tarikh keputusan diumumkan mulai jam
     10 pagi.

B. Calon Persendirian

◾Pelajar akan dimaklumkan melalui pos
    atau boleh hubungi Jabatan Pendidikan
    Negeri (JPN) tempat mereka mendaftar
    dahulu.

Permohonan Semakan Semula Keputusan SPM 2017

Tarikh dan aplikasi semakan semula keputusan SPM 2017 akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Selamat membuat Semakan Keputusan SPM tahun 2017! Semoga anda berjaya mendapat keputusan cemerlang peperiksaan SPM 2017! 

No comments

Powered by Blogger.