Borang Rayuan Matrikulasi 2020/2021



Borang Rayuan Matrikulasi 2020/2021|ADAKAH anda gagal mendapat tawaran kemasukan ke Matrikulasi ambilan 2020/2021? Bilakah tarikh permohonan rayuan Matrikulasi sesi 2020/2021 bakal dibuka? Panduan buat calon yang ingin membuat permohonan rayuan Matrikulasi sesi 2020/2021 secara online. Untuk makluman anda, permohonan rayuan Matrikulasi 2020 dijangka akan dibuka pada hujung bulan April 2020.

Borang Rayuan Matrikulasi 2018/2019

Sedia maklum, terdapat TIGA (3) cara
permohonan rayuan Matrikulasi samada permohonan rayuan secara online, atau menghantar surat rayuan rasmi atau berhubung terus dengan Bahagian Matrikulasi bagi calon yang telah gagal atau tidak berjaya dalam permohonan Program Matrikulasi KPM.

Borang Rayuan Matrikulasi 2020/2021

Berikut dikongsikan maklumat mengenai tarikh dan aplikasi rayuan Matrikulasi:

◾ Tarikh Rayuan Permohonan Matrikulasi: *Akan dikemaskini


Cara Permohonan Rayuan Matrikulasi 2020/2021

1. Permohonan Rayuan Secara Online

Permohonan rayuan Matrikulasi boleh dibuat secara online menerusi pautan Semakan Tawaran Matrikulasi 2018.

2. Permohonan Rayuan Secara 
    Berhubung Terus Dengan Bahagian 
    Matrikulasi

Berhubung terus ke Bahagian Matrikulasi KPM bersama salinan keputusan SPM yang telah disahkan untuk mengisi borang. Dokumen yang anda perlu bawa adalah seperti berikut:

◾Salinan Kad pengenalan diri yang telah disahkan
◾Salinan Kad pengenalan ibu & bapa yang telah disahkan
◾Salinan keputusan SPM yang telah disahkan
◾Salinan Sijil aktiviti di peringkat negeri/ kebangsaan yang telah disahkan sahaja
◾Surat rasmi yang menyatakan alasan kenapa memohon rayuan

3. Permohonan Rayuan Melalui Cara 
    Menulis Surat Rasmi

Selain itu, anda juga boleh menulis surat permohonan rayuan secara rasmi dan perlu lampirkan beberapa dokumen seperti berikut:

◾Salinan kad pengenalan diri yang telah disahkan
◾Salinan kad pengenalan ibu & bapa yang telah disahkan
◾Salinan keputusan SPM yang telah disahkan
◾Salinan Sijil aktiviti kokurikulum di peringkat negeri/ kebangsaan yang telah disahkan sahaja
◾Surat rasmi yang menyatakan sebab kenapa memohon rayuan. Pastikan surat rasmi tersebut mengandungi alamat, nombor telefon dan emel kerana keputusan rayuan akan dimaklumkan melalui emel dan pos ke alamat anda.

Dokumen yang lengkap, kemudian perlu dihantar ke alamat berikut:

Pengarah Bahagian Matrikulasi
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 6 & 7, Blok E 15, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
Telefon: 03 - 8884 4083
Faks: 03 - 8884 4028
E-mel: info.matrikulasi@moe.gov.my

Selamat membuat permohonan rayuan Matrikulasi sesi 2020/2021! Semoga anda berjaya membuat permohonan rayuan Matrikulasi!

No comments

Powered by Blogger.