Cara Mengisi Borang e-Filing LHDN Online



Cara Mengisi Borang e-Filing LHDN Online|APA itu borang e-Filing? Bagaimana cara mengisi borang e-Filing LHDN secara online? Panduan buat pembayar cukai yang ingin kaedah penghantaran borang cukai pendapatan yang mudah dan selamat. Berikut dikongsikan cara mengisi borang e-Filing LHDN secara online buat rujukan anda.

Cara Mengisi Borang e-Filing LHDN Online

Sedia maklum, e-Filing adalah satu kaedah untuk menghantar Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) secara online tanpa perlu hadir ke mana-mana pejabat LHDN. Pembayar cukai boleh mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan tahun taksiran semasa melalui e-Filing bagi borang E, BE, B, BT, P, M, MT dan TF.

Cara Mengisi Borang e-Filing LHDN Online

Berikut dikongsikan cara atau panduan mengisi borang e-Filing LHDN secara online melalui ezHASiL:

1. Login Akaun ezHASiL

◾Sila layari Portal Rasmi ezHASiL melalui
     pautan
     di https://ez.hasil.gov.my/CI/Login.aspx
◾Setiap pengguna perlu aktifkan No. PIN
     dahulu pada Login Kali Pertama bagi
     memperoleh sijil digital.
◾Masukkan No. Kad Pengenalan dan Kata
     Laluan yang tepat. Klik pada butang
     'Hantar'.

2. e-Borang

◾Pengguna akan dipaparkan skrin
     Perkhidmatan apabila berjaya log masuk
     sistem ezHASiL.
◾Klik pautan e-Borang dibawah menu e-
     Filling.
◾Pada skrin e-borang, pilih jenis borang
     dan klik tahun taksiran.
◾Skrin borang e-BE akan dipaparkan.
     Maklumat pada borang terbahagi kepada
     4 bahagian iaitu:

A. Maklumat Individu
B. Pendapatan Berkanun, Jumlah
    Pendapatan Dan Pendapatan Tahun
    Kebelakangan Yang Belum Dilaporkan
C. Pelepasan / Rebat / Tolakan Cukai /
    Pelepasan Cukai
D. Rumusan

3. Isi Maklumat Individu

Pada skrin Maklumat Individu, ruangan maklumat yang bertanda (*) adalah mandatori untuk diisi. Maklumat yang telah diisi akan disimpan apabila pengguna klik pada “tab” yang seterusnya.

i . Nota Penerangan BE – Penerangan   
    mengenai borang BE
ii. Borang Bahasa Inggeris – Borang BE
     dalam versi Bahasa Inggeris

4. Pendapatan Berkanun

i. Pada skrin Pendapatan Berkanun, Jumlah Pendapatan Dan Pendapatan Tahun Kebelakangan Yang Belum Dilaporkan, maklumat berkenaan penggajian akan dipaparkan. Pengguna boleh mengisi maklumat berkenaan pendapatan pada skrin ini.

ii. Pada skrin Pelepasan / Rebat / Tolakan Cukai / Pelepasan Cukai, pengguna boleh mengisi maklumat untuk pelepasan cukai. Penerangan boleh diperolehi sekiranya tetikus digerakkan pada simbol i.

5. Rumusan

Pada skrin Rumusan, rumusan cukai akan dipaparkan sama ada pengguna mempunyai “Lebihan Bayaran” atau “Baki Cukai Kena Dibayar”. Pengguna juga boleh menyemak semula rumusan maklumat yang telah diisi seperti “Jumlah Pendapatan”. Tekan butang Teruskan untuk menghantar pengisytiharan borang.

6. Akuan

◾Pada skrin Akuan, Terdapat 3 pilihan   
     menu pada skrin ini iaitu:

i. Cetak Draf Borang – Mencetak draf
   borang dalam bentuk PDF
ii. Tandatangan & Hantar – Untuk
     menghantar e-Borang
iii. Kembali – Kembali ke skrin yang
      sebelumnya

◾Tekan butang Tandatangan & Hantar
     untuk menghantar e-Borang.

7. Tandatangan dan Hantar Borang

◾Apabila butang Tandatangan dan Hantar
     ditekan, skrin tandatangan akan
     dipaparkan.
◾Masukkan No. Kad Pengenalan dan Kata
     Laluan untuk menghantar borang yang
     telah diisi.

Artikel berkaitan:
👉 Tarikh Akhir Hantar Borang Cukai e-Filing 2019 LHDN

Cara Hubungi

Untuk sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut, sila hubungi di talian:

Telefon : 1800-88-5436
Emel: callcentre@hasil.gov.my
Waktu Bekerja: 9.00 pagi – 5.00 petang (Isnin hingga jumaat)

Semoga perkongsian Cara Mengisi Borang e-Filing LHDN Online ini dijadikan panduan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.