Contoh Surat Rayuan Matrikulasi 2022/2023



Contoh Surat Rayuan Matrikulasi 2022/2023|ADAKAH anda telah membuat semakan Matrikulasi sesi 2022? Bagaimana cara membuat permohonan rayuan Matrikulasi? Tahniah diucapkan kepada calon yang berjaya mendapat tawaran Matrikulasi sesi 2022. Untuk makluman anda, bagi calon yang gagal dalam permohonan, anda boleh membuat permohonan rayuan Matrikulasi pada hujung bulan April 2022.

Contoh Surat Rayuan Matrikulasi 2018/2019

Sedia maklum, selain membuat permohonan rayuan melalui surat rayuan. Terdapat DUA cara lain iaitu rayuan secara online di Bahagian Matrikulasi dan hadir sendiri (walk-in) ke Bahagian Matrikulasi KPM.

Contoh Surat Rayuan Matrikulasi 2022/2023

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan contoh surat rayuan Matrikulasi 2022/2023 buat panduan anda:

Nama Pemohon
Alamat Surat Menyurat
.........................
.........................

-------------------------------------------------------------------

BAHAGIAN MATRIKULASI
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Aras 6 & 7, Blok E 15, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya

20 APRIL 2018

TUAN,

PER: RAYUAN KEMASUKAN KOLEJ MATRIKULASI SESI 2018/2019

Merujuk kepada perkara di atas, dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa saya .................. (No. KP ................) ingin membuat rayuan kemasukan ke Kolej Matrikulasi sesi 2018/2019. Jurusan yang saya memohon ialah Jurusan Sains.

2. Saya telah memperolehi .... A dan .....B dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dengan mendapat keputusan A dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Matematik dan Fizik. Selain itu, saya juga memperolehi keputusan A+ dalam mata pelajaran Kimia dan B+ dalam Matematik Tambahan.

3. Di samping itu, saya juga aktif melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum yang dijalankan di sekolah. Saya pernah menyertai ............. Saya juga pernah menyertai .............. (Disertakan peringkat). Pada tahun 2016, saya mencapai kejayaan dalam ............. (Disertakan peringkat).

4. Pada tahun 2017, sewaktu saya di Tingkatan Lima, saya pernah memegang jawatan Pengerusi dalam .............. dan memegang jawatan Naib Pengerusi dalam .................. . Selain itu, saya juga pernah memegang jawatan dalam .............. .

5. Bersama-sama surat rayuan ini, saya sertakan satu salinan kad pengenalan beserta satu salinan keputusan peperiksaan SPM yang telah disahkan sebagai rujukan Tuan.

6. Besar harapan saya sekiranya pihak Tuan dapat mempertimbangkan permohonan rayuan saya ini seterusnya memberi peluang kedua kepada saya memasuki mana-mana Kolej Matrikulasi tuan. Segala pertimbangan daripada pihak tuan saya dahului ucapan jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih.
Yang Benar,

.................................. (Tandatangan)
(NAMA PEMOHON)

Semoga perkongsian Contoh Surat Rayuan  Matrikulasi 2022 ini dijadikan panduan buat semua pemohon! Selamat mencuba dan semoga anda berjaya dalam permohonan rayuan Matrikulasi!

No comments

Powered by Blogger.