Harga Bayaran Denda MyKad IC Hilang 2018

Harga Bayaran Denda MyKad IC Hilang 2018|BERAPAKAH kadar harga bayaran denda Kad Pengenalan/IC yang hilang? Panduan buat anda yang mengalami kehilangan Kad Pengenalan. Untuk makluman anda, kini anda boleh memohon kad pengenalan gantian di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dengan membayar kadar denda sepertimana yang telah ditetapkan. Berikut dikongsikan harga bayaran denda MyKad hilang buat panduan anda.

Harga Bayaran Denda MyKad IC Hilang 2018

Mengikut Peraturan 13, Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007) setiap orang yang hilang kad pengenalannya hendaklah dengan segera memohon kad pengenalan gantian.

Harga Bayaran Denda MyKad IC Hilang 2018

Berikut dikongsikan maklumat yang memaparkan prosedur dan syarat permohonan serta kadar harga denda:

Syarat Permohonan Gantian Hilang Kad Pengenalan

1. Pemohon mestilah hadir dimana-mana
    kaunter JPN; atau

2. Memohon gantian kad pengenalan hilang
    secara atas talian di laman web
    (www.jpn.gov.my) melalui aplikasi
    “Sistem Gantian MyKad” bagi
    permohonan yang tidak melibatkan
    pertukaran gambar atau maklumat
    pemohon yang bertaraf Warganegara.

Prosedur Permohonan

1. Pemohon perlu hadir ke mana-mana
    pejabat JPN yang berhampiran untuk
    permohonan gantian hilang kad
    pengenalan.

2.  Perlu mengemukakan laporan polis
     sama ada bagi kes kehilangan kad
     pengenalan akibat jenayah ataupun
     akibat kecuaian. Laporan polis perlu
     menyatakan dengan jelas butir-butir
     kejadian serta menyebut butir-butir Kad
     Pengenalan yang hilang.

Dokumen Sokongan (Asal & Salinan)

1. Surat pengesahan atau Kad Kebajikan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat atau Surat pengesahan dari Jabatan Hal Ehwal Orang Asli atau Penghulu atau Ketua Kampung atau Ketua Kaum atau Pejabat Daerah atau Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung [bagi orang-orang miskin atau daif atau orang-orang kurang upaya (OKU)]; atau

2. Surat pengesahan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat atau Jabatan Bomba dan Penyelamat atau Penghulu atau Ketua Kampung atau Ketua Kaum atau Pejabat Daerah atau Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung [bagi orang-orang yang ditimpa bencana alam]; atau

3. Bagi kehilangan Kad Pengenalan yang disebabkan kes rompakan, samun, kecurian, malapetaka dan seumpamanya,laporan polis perlu disertakan yang menyatakan dengan jelas mengenai butir-butir kejadian dan Kad Pengenalan yang hilang.

Kadar Bayaran / Fi

A. Warganegara (Bayaran hilang bagi
     MyKad atau MyTentera sahaja)

Kehilangan        Bayaran            Bayaran 
                         Permohonan         Proses                                        (RM)                   (RM)

Kali Pertama          10                       100
Kali Kedua              10                       300
Kali Ketiga dan      10                      1000
seterusnya

B. Bukan Warganegara (Bayaran hilang
     bagi MyPR atau MyKAS sahaja)

Kehilangan        Bayaran            Bayaran 
                         Permohonan         Proses                                        (RM)                    (RM)

Kali Pertama          40                       100
Kali Kedua              40                       300
Kali Ketiga dan      40                      1000
seterusnya

Semoga perkongsian Harga Bayaran Denda MyKad IC Hilang ini dijadikan panduan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.