Kenaikan Gaji Kakitangan Awam Berkuatkuasa 1 Julai 2018

Kenaikan Gaji Kakitangan Awam Berkuatkuasa 1 Julai 2018|BERITA baik buat kakitangan awam dan pesara kerajaan. Untuk makluman anda, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak telah mengumumkan kenaikan satu gaji tahunan untuk seramai 1.6 juta penjawat awam berkuatkuasa mulai 1 Julai 2018. Pengumuman kenaikan gaji penjawat awam ini telah dibuat pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke-16 (MAPPAXVI) di Pusat Konvesyen Antarabangsa Putrajaya pada 4 April 2018.

Kenaikan Gaji Kakitangan Awam Berkuatkuasa 1 Julai 2018

Selain itu, Perdana Menteri turut mengumumkan kerajaan akan mewujudkan kenaikan pangkat Gred 56 bagi pegawai yang berada lebih 5 tahun pada DG54. Tidak dilupakan juga kepada pesara kerajaan yang bakal menerima kenaikan satu peratus kadar pencen secara 'one-off' mulai 1 Julai 2018.

Kenaikan Gaji Kakitangan Awam Berkuatkuasa 1 Julai 2018

Berikut dikongsikan senarai intipati MAPPA kepada penjawat awam dan pesara kerajaan berkuatkuasa 1 Julai 2018:

1. Pemendekan Time Based Service untuk
    Kumpulan Pelaksana dari 13 tahun
    kepada 10 tahun bagi urusan kenaikan
    pangkat.

2. Menubuhkan Gred DG56 bagi
    membolehkan pergerakan tangga gaji
    and pangkat bagi yang telah memegang
    Gred DG54 dalam tempoh lama.

3. Pemanjangan kemudahan perubatan
    kepada ibu bapa pegawai lantikan
    kontrak melibatkan sebanyak 42,800
    pegawai.

4. Sumbangan dana tahunan ke CEUPACS
    sebanyak sekurangnya 3 juta setahun.

5. Kemudahan cuti tanpa rekod keagamaan
    selama 7 hari bagi tujuan umrah kepada
    umat Islam dan juga kepada bukan
    beragama Islam untuk tujuan keagamaan
    masing masing bagi sepanjang
    perkhidmatan.

6. Faedah persaraan pada tahun 2018
    adalah sebanyak RM 24 billion. Kenaikan
    kadar pencen sebanyak 1% bagi semua
    pesara kerajaan mulai Julai 2018 secara
    one - off.

7. Aktiviti aktiviti pesara. Memberikan
    geran khas sebanyak RM 1 juta setiap
    satu badan pesara kerajaan.

8. Kebajikan pesara. Pesara pesara kerajaan
    akan ditentukan tambahan quota haji
    bergantung kepada allocation kerajaan
    Arab Saudi kepada kerajaan Malaysia.

9. Pemberian Kenaikan Tangga Gaji
    sebanyak 1 Tangga Gaji kepada semua
    penjawat awam dengan implikasi
    kewangan sebanyak RM1.4 billion mulai
    Julai 2018.

Semoga perkongsian Kenaikan Gaji Kakitangan Awam Berkuatkuasa 1 Julai 2018 ini memberi manfaat kepada semua penjawat awam dan pesara kerajaan!

No comments

Powered by Blogger.