Panduan Mengundi PRU 14 Pilihan Raya Umum 2018

Panduan Mengundi PRU 14 Pilihan Raya Umum 2018|BILAKAH tarikh mengundi PRU 14 tahun 2018? Bagaimana cara mengundi Pilihan Raya Umum (PRU)? Untuk makluman anda, tarikh mengundi PRU 14 adalah pada 9 Mei 2018, hari Rabu. Berikut dikongsikan cara atau panduan mengundi Pilihan Raya Umum terutama bagi yang kali pertama mengundi pilihanraya kali ini.

Panduan Mengundi PRU 14 Pilihan Raya Umum 2018

Sebelum itu, pastikan anda mengetahui lokasi mengundi terlebih dahulu dengan membuat semakan, klik Semakan Lokasi Mengundi SPR.

Panduan Mengundi PRU 14 Pilihan Raya Umum 2018

Berikut dikongsikan cara atau panduan mengundi pilihan raya umum buat rujukan anda. Sila pastikan anda pergi awal dan bawa bersama kad pengenalan.

1. Sila masuk apabila dibenarkan oleh polis
    yang mengawal di pintu masuk.

2.  Serahkan MyKad atau dokumen
     pengenalan dan slip semakan kepada
     kerani Pengundian Pertama. Tunjukkan
     tangan untuk diperiksa dan pastikan
     tiada calitan dakwat kekal pada jari.

3. Bergerak ke hadapan kerani Pengundian
    Kedua. Letakkan tangan di atas pad
    dakwat kekal untuk calitan jari dan
    tunggu nama anda akan dipanggil.

4. Selepas jari ditandakan dengan dakwat
    kekal dan sebelum kertas undi
    dikeluarkan, kerani pengundian pertama
    akan membuat tanda pada nombor dan
    nama anda dalam buku daftar pemilih.
    Kemudian, dapatkan kertas undi
    daripada Kerani Pengundian Ketiga.

5. Maju ke petak undi dan tandakan 'X'
    pada ruang calon dalam kertas undi
    anda. Pilih satu calon sahaja.

6. Masukkan kertas undi ke dalam peti undi
    masing-masing untuk Dewan Undangan
    Negeri dan Parlimen.

7. Keluar segera dari tempat mengundi.

Panduan Mengundi PRU 14 Pilihan Raya Umum 2018

Artikel berkaitan:
👉 Keputusan Undi PRU 14 Parlimen 
      dan DUN 2018
👉 Live Streaming Keputusan PRU 14 
      Malaysia 2018

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan mengenai pilihan raya umum, sila hubungi di talian Hotline 03 - 8885 6565.

Semoga perkongsian Panduan Mengundi PRU Pilihan Raya Umum ini bermanfaat buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.