Panduan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri

Panduan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri|BILAKAH tarikh hari raya Aidilfitri tahun 2018? Untuk makluman anda, tarikh Hari Raya Aidilfitri 2018 jatuh pada 15 Jun 2018, hari Jumaat bersamaan 1 Syawal 1439 H. Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri merupakan solat sunat yang didirikan secara bersendirian atau lebih afdhal secara berjemaah pada awal pagi Hari Raya Puasa Aidilfitri. Sembahyang sunat hari raya aidilfitri dikerjakan pada hari raya pertama iaitu pada 1 Syawal.

Panduan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri

Hukum sunat hari raya Aidilfitri hukumnya adalah Sunat Muakkad (sangat digalakkan). Segala rukun, syarat serta sunatnya adalah sama seperti solat biasa. Cuma ditambahkan dengan bertakbir 7 kali pada rakaat pertama dan 5 kali pada rakaat yang kedua, disertakan dengan bertasbih di antara setiap takbir. Solat sunat hari raya lebih afdal dikerjakan secara berjemaah di masjid atau di kawasan lapang/ padang terbuka.

Panduan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri

Berikut dikongsikan cara atau panduan  solat sunat hari raya aidilfitri buat seluruh umat Islam:

A. Lafaz Niat Solat Sunat Aidilfitri

أُصَلِّي سُنَّةَ عِيْدِ الْفِطْرِ رَكْعَتَيْنِ مَأْمُوْمًا لِلَّهِ تَعَالَى

Maksud:
Sahaja aku solat sunat Aidilfitri dua rakaat sebagai makmum kerana Allah Taala.

B. Lafaz Tasbih

سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ، وَلآ إِلَهَ إِلَّا اللهُ، وَاللهُ أَكْبَرُ

Maksud:
Maha Suci Allah, segala pujian bagi Allah, tiada Tuhan selain Allah dan Allah Maha Besar.

Cara Menunaikan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri

Rakaat Pertama

1. Dimulai dengan lafaz takbiratul ihram,
    dengan menyebut Allahu Akbar
    disertakan dengan niat solat aidilfitri di
    dalam hati.
2. Membaca doa iftitah.
3. Lafaz takbir tujuh kali diselangselikan
    dengan bacaan tasbih.
4. Membaca surah Al-Fatihah.
5. Membaca surah Al-Quran (disunatkan
    membaca surah Al-A’laa).
6. Meneruskan solat sehingga selesai rakaat
    pertama.

Rakaat Kedua

1. Mulai dengan lafaz takbir intiqalat
     (takbir permulaan rakaat kedua).
2. Lafaz takbir lima kali diselangselikan
    dengan bacaan tasbih. (Setiap kali takbir
    diikuti dengan bacaan subhanallah,
    walhamdulillah, wa la ilaha illallah,
    wallahu akbar)
3. Membaca surah Al-Fatihah.
4. Membaca surah Al-Quran (disunatkan
    dalam rakaat kedua membaca surah Al-
    Ghaasyiyah).
5. Meneruskan solat sehingga selesai rakaat
    kedua.
6. Memberi salam.

Hukum Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri

Hukum sunat hari raya Aidilfitri hukumnya adalah Sunat Muakkad (sangat digalakkan).

Semoga perkongsian Panduan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri ini dijadikan panduan buat seluruh umat Islam!

No comments

Powered by Blogger.