Permohonan Pengurangan Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran MARA Online

Permohonan Pengurangan Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran MARA Online|ANDA pinjaman pelajaran MARA? Bagaimana cara membuat permohonan pengurangan bayaran balik pinjaman MARA? Panduan buat anda yang ingin memohon pengurangan bayaran balik pinjaman MARA. Untuk makluman anda, kini anda boleh membuat permohonan pengurangan pinjaman MARA secara online melalui pautan eConversion.

Permohonan Pengurangan Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran MARA Online

eConversion merupakan satu sistem bagi membolehkan peminjam pelajaran MARA membuat permohonan pengurangan bayaran balik pinjaman MARA.

Permohonan Pengurangan Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran MARA Online

Berikut dikongsikan maklumat penting yang memaparkan cara permohonan dan syarat kelayakan permohonan:

Cara Permohonan Pengurangan Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran MARA Online

1. Pemohon perlu layari laman web melalui
    pautan seperti berikut:
KLIK 👉 http://online06.mara.gov.my/econversion

2. Klik pada ikon 'Log Masuk'. Pemohon
    perlu masukkan ID Pengguna dan Kata
    Laluan yang telah didaftarkan seperti
    sistem e-baki.

Permohonan Pengurangan Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran MARA Online

3. Pastikan semua maklumat yang diisi
    dengan lengkap dan sempurna sebelum
    hantar. Sila rujuk Panduan Pengguna.

4. Permohonan yang telah lengkap sahaja
    akan diproses oleh pihak BKK.

Syarat Kelayakan Permohonan Pengurangan Pinjaman Pendidikan MARA

Antara syarat kelayakan permohonan pengurangan pinjaman pendidikan MARA adalah seperti berikut:

1. Kelayakan Memohon :
a) Pelajar lulus pengajian yang diikuti di
     bawah Tajaan MARA

2. Dokumen yang perlukan untuk
    permohonan :
a) Salinan Sijil/Diploma/Ijazah/Master/Phd
    (disahkan benar)
b) Salinan transkrip rasmi penuh (disahkan
     benar)
     Salinan Sijil/Diploma/Ijazah/Master/Phd
     disahkan benar oleh Pegawai
     Kerajaan atau Badan Berkanun
     Kumpulan A dan Penghulu/Pengerusi
     Jawatankuasa Kemajuan & Keselamatan
     Kampung (JKKK)/Sidang/Jaksa
     Pendamai(JP)/Wakil Rakyat/Pegawai
     Dalam Perkhidmatan Perundangan &
     Kehakiman seperti Majistret/Peguam.

3. Pemohon perlu membuat bayaran
    komitmen RM300 atas akaun Pinjaman
    Pelajaran MARA (bukti pembayaran
    perlu disertakan).

4. Permohonan yang tidak lengkap tidak
    akan diproses.

5. Sebarang pembayaran yang telah dibuat
    sebelum Pengurangan Pinjaman
    Pelajaran diluluskan tidak akan
    dikembalikan (bagi peminjam yang tidak
    memohon. Pengurangan dalam tempoh
    yang ditetapkan seperti yang dinyatakan
    pada Surat Tawaran Pinjaman Pelajaran
    MARA).

6. Kelulusan Rasmi Permohonan
    Pengurangan boleh disemak melalui
    sistem e-baki di url
    http://apps.mara.gov.my/ebakiv2

Selamat membuat Permohonan Pengurangan Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran MARA secara online!

1 comment:

  1. Salam
    Bagaimana untuk membuat bayaran komitmen rm300?
    Terima kasih

    ReplyDelete

Powered by Blogger.