Permohonan Skim Insentif Anak Peneroka (SIAP) 2023 Online



Permohonan Skim Insentif Anak Peneroka (SIAP) 2023 Online|APA itu Skim Insentif Anak Peneroka (SIAP)? Berita baik buat anda anak peneroka FELDA yang berkelayakan menerima Skim Insentif Anak Peneroka tahun 2023. Skim Insentif Anak Peneroka merupakan hadiah insentif kepada anak-anak peneroka lepasan SPM yang berjaya melanjutkan pengajian ke Universiti Awam (UA) atau Universiti Swasta (US) yang bekerjasama dengan FELDA. Untuk makluman anda, permohonan Skim Insentif Anak Peneroka (SIAP) 2023 boleh dibuat secara online menerusi Portal Skim Insentif Anak Peneroka

Permohonan Skim Insentif Anak Peneroka (SIAP) 2023 Online

Sedia maklum, tujuan Skim Insentif Anak Peneroka ditubuhkan adalah bagi membantu dan meringankan beban kewangan keluarga peneroka. Mulai tahun 2018, skim ini akan diperluaskan kepada cucu peneroka/ pentadbir yang berjaya melanjutkan pengajian ke peringkat diploma, ijazah tempatan dan ijazah luar negara di semua Universiti Awam dan Universiti Swasta/ Kolej di bawah panel FELDA.

Permohonan Skim Insentif Anak Peneroka (SIAP) 2023 Online

Berikut dikongsikan maklumat penting yang memaparkan cara permohonan Skim Insentif Anak Peneroka termasuk syarat kelayakan permohonan:

Cara Permohonan Skim Insentif Anak Peneroka 2023 Online

1. Pemohon perlu layari Portal Rasmi FELDA melalui pautan seperti berikut:
KLIK 👉 Skim Insentif Anak Peneroka

2. Kemudian, anda perlu mengemukakan dokumen seperti berikut:
◾Surat tawaran kemasukan ke UA/US yang disenaraikan FELDA
◾Salinan kad pengenalan pemohon
◾Salinan kad pengenalan peneroka
◾Salinan penyata pendapatan (paysheet) peneroka terkini

Syarat Kelayakan Permohonan SIAP 2023

Antara syarat-syarat permohonan SIAP adalah seperti berikut:

A. Syarat kelayakan pemohon

Anak peneroka, anak tiri atau anak angkat yang telah didaftarkan (sertakan salinan Surat Pendaftaran Anak Angkat) yang bermastautin di Rancangan.

B. Had umur permohonan

◾Peringkat Diploma  : 18 hingga 23 tahun
◾Peringkat Ijazah : 18 hingga 25 tahun

C. Dokumen yang perlu disertakan semasa
    permohonan

◾Surat tawaran kemasukan ke UA/US yang
  disenaraikan FELDA
◾Salinan kad pengenalan pemohon
◾Salinan kad pengenalan peneroka
◾Salinan penyata pendapatan (paysheet)
  peneroka terkini

D. Permohonan yang tidak layak

◾Peneroka / anak peneroka yang menetap
     di luar rancangan FELDA
◾Pelajar mendapat tawaran ke
     Matrikulasi Kementerian Pelajaran
◾Pelajar peringkat Sijil / Pra / Asasi
     (Foundation), Briged Politeknik, Sarjana
     (Master) dan Doktor Falsafah (Ph.D)
◾Pelajar di bawah pengajian Program
     Jarak Jauh (PJJ) atau Separuh Masa atau
     telah bekerja
◾Pemohon di bawah tajaan FELDA seperti
     Skim Latihan Kemahiran FELDA (SLKF)
     dan pelajar DKPCF ke luar negara tidak
     layak memohon bantuan

Kadar Insentif SIAP

Berikut adalah kadar insentif SIAP:

◾Diploma: RM 500
◾Ijazah Dalam Negara: RM 1,000
◾Ijazah Luar Negara: RM 1,500

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan SIAP, sila hubungi di:

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan, Menara FELDA, Platinum Park, No. 11, Persiaran KLCC, 50088 Kuala Lumpur, Malaysia
Telefon : 03-2191 2191
Faksimili : 03-2191 2590
Emel : jkk@felda.net.my

Selamat membuat permohonan Skim Insentif Anak Peneroka tahun 2023 secara online!

No comments

Powered by Blogger.