Semakan Baki Penyata SSPN-i Plus Online

Semakan Baki Penyata SSPN-i Plus Online|ANDA memiliki akaun SSPN-i Plus? Bagaimana cara membuat semakan penyata akaun SSPN-i Plus secara online? Panduan buat anda yang memiliki akaun SSPN-i Plus? Untuk makluman anda, kini anda membuat semakan baki penyata SSPN-i Plus secara online melalui Portal Rasmi PTPTN. Berikut dikongsikan cara semakan baki penyata SSPN-i Plus secara online buat panduan anda.

Semakan Baki Penyata SSPN-i Plus Online

Dengan adanya kemudahan seperti ini, anda tidak perlu lagi pergi ke cawangan PTPTN untuk membuat semakan penyata akaun SSPN-i Plus.

Semakan Baki Penyata SSPN-i Plus Online

Berikut dikongsikan maklumat penting mengenai cara semakan baki penyata SSPN-i Plus secara online:

1. Pemohon perlu layari Portal Rasmi
    PTPTN melalui pautan seperti berikut:
KLIK 👉 http://www.ptptn.gov.my/

2. Pilih icon berwarna biru 'Semakan
    Penyata SSPN-i / SSPN-i Plus'.

3. Masukkan No. Kad Pengenalan
    pendeposit dan klik cari.

4. Kemudian, pilih penyata sama ada
    Penyata Akaun SSPN-i atau Penyata
    Akaun SSPN-i Plus.

Semakan Baki Penyata SSPN-i Plus Online

5. Pilih 'Penyata' atau 'Penyata Hasil'.

6. Maklumat penyata bulanan akaun SSPN-i
    Plus anda akan dipaparkan di screen.

Kelayakan Pendaftaran SSPN-i Plus

Kelayakan:

1. Pendeposit
2. Warganegara Malaysia
3. Berumur 18 tahun keatas atau sebelum
    mencapai 64 tahun

Penerima Manfaat:

1. Warganegara Malaysia
2. Berumur 1 hari sehingga sebelum
    mencapai 29 tahun
3. Penerima manfaat terdiri daripada diri
    sendiri/anak/anak jagaan yang sah
    sahaja

Selamat membuat semakan baki penyata SSPN-i Plus secara online!

No comments

Powered by Blogger.