Semakan Jadual Penerbangan Haji 2024 Malaysia (Tarikh)



Semakan Jadual Penerbangan Haji 2024 Malaysia (Tarikh)|ADAKAH anda membuat permohonan menunaikan ibadah Haji bagi tahun 2024/ 1445H? Bilakah tarikh jadual penerbangan Haji bagi jemaah Malaysia tahun 2024? Untuk makluman anda, kini jemaah Haji Malaysia boleh membuat semakan jadual penerbangan Haji 2024 menerusi Aplikasi THiJARI 2.0 dan Tabung Haji Contact Centre (THCC). Selain itu, aplikasi THiJARI juga boleh membuat semakan status pendaftaran dan tawaran haji, mengemaskini akaun dan sebagainya. Berikut dikongsikan Semakan Jadual Penerbangan Haji 2024 Malaysia buat rujukan anda.

Semakan Jadual Penerbangan Haji 2023 Malaysia (Tarikh)

Sedia maklum, lazimnya penerbangan ke Tanah Suci akan bermula pada 1 Zulkaedah tahun semasa sehingga 3 Zulhijjah. Manakala penerbangan balik dijangka bermula pada 18 Zulhijjah sehingga 15 Muharram tahun semasa. Menerusi Portal Rasmi TH, penerbangan pertama jemaah Malaysia musim haji 1444H/ 2023 adalah pada 21 Mei 2023. Manakala, penerbangan pertama pulang pula dijangka pada 6 Julai 2023.

Semakan Jadual Penerbangan Haji 2024 Malaysia (Tarikh)

Berikut dikongsikan maklumat penting yang memaparkan semakan jadual penerbangan Haji Malaysia tahun 2024/ 1445H termasuk tarikh pelepasan:

Tarikh dan Jadual Penerbangan Haji Malaysia Tahun 2024

Berikut dikongsikan Jadual Penerbangan Haji Malaysia Tahun 2024 termasuk penerbangan pergi dan balik:

                                                                           TARIKH HIJRAH     TARIKH MASIHI    HARI
 
FASA 1

PENERBANGAN PERGI KT PERTAMA   1 Zulkaedah 1445H    9 Mei 2024        Khamis
PENERBANGAN PERGI KT TERAKHIR   3 Zulhijjah 1445H    9 Jun 2024          Ahad

WUQUF                                                           9 Zulhijjah 1445H   15 Jun 2024         Sabtu

FASA 2

PENERBANGAN BALIK KT PERTAMA  18 Zulhijjah 1445H    24 Jun 2024  Isnin
PENERBANGAN BALIK KT TERAKHIR  15 Muharram 1446H    21 Julai 2024  Ahad

Cara Semakan Jadual Penerbangan Haji 2024

A. Tabung Haji Contact Centre (THCC)

Untuk mendapatkan maklumat penerbangan haji, sila hubungi TH Contact Centre (THCC) di talian 03 - 6207 1919.

B. Aplikasi ThiJARI

Boleh muat turun aplikasi ThiJARI menerusi Google Play dan App Store secara percuma.

Stesen Perlepasan Penerbangan Haji

Antara stesen-stesen perlepasan penerbangan Haji adalah seperti berikut:

No            Stesen-Stesen Perlepasan

1. Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang
2. Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang
3. Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor
4. Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Sabah
5. Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Sarawak
6. Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Terengganu
7. Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Kedah
8. Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu, Kelantan

Artikel berkaitan:

👉 Jadual dan Lokasi Kursus Asas Haji
👉 Kadar Dividen dan Bonus Tabung Haji

Cara Hubungi

Untuk mendapatkan maklumat berkaitan penerbangan jemaah haji bagi musim haji semasa, sila hubungi TH Contact Center (THCC) di talian 03 - 6207 1919.

Semoga perkongsian Semakan Jadual Penerbangan Haji 2024 ini dijadikan panduan buat semua jemaah Haji di Malaysia!

1 comment:

  1. bagaimana cara nk semak bile tarikh penerbangan haji ek?

    ReplyDelete

Powered by Blogger.