Semakan Status Halal JAKIM Online

Semakan Status Halal JAKIM Online|ANDA tahu membuat semakan status halal JAKIM? Bagaimana cara membuat semakan status halal JAKIM secara online? Untuk makluman anda, kini anda boleh mengesahkan sesuatu produk itu mendapat sijil halal JAKIM secara online dan SMS. Berikut dikongsikan semakan status halal JAKIM buat panduan anda.

Semakan Status Halal JAKIM Online

Semakan boleh dibuat dengan melayari Direktori Halal Malaysia di Portal Rasmi Halal Malaysia. Senarai boleh dibahagikan mengikut negeri dan kategori seperti Syarikat, Hotel & Resort, Premis dan Menu Makanan, Produk, Komestik, Barang Gunaan dan Logistik.

Semakan Status Halal JAKIM Online

Berikut dikongsikan semakan status halal JAKIM secara online dan SMS:

A. Semakan Secara Online

1. Anda perlu layari Direktori Halal
    Malaysia melalui pautan seperti berikut:
KLIK 👉 http://www.halal.gov.my/v4/index.php

2. Masukkan kata kunci ke kotak maklumat
    carian 'Semak Status Halal'. Tekan pada
    butang 'Search'.

3. Pada hasil carian akan menyenaraikan
    Nama dan Alamat Syarikat, Tarikh Luput
    Sijil Halal dan pautan kepada maklumat
    terperinci persijilan.

4. Anda boleh buat pilihan dengan klik
    pada menu dropdown Negeri dan
    Kategori.

B. Semakan Melalui SMS

Taipkan:
HALAL<jarak>SEMAK<jarak>NO. PENDAFTARAN SYARIKAT dan Hantarkan SMS ke 15888

Contoh: HALAL SEMAK 23456X dan hantarkan ke 15888

Semoga perkongsian Semakan Status Halal JAKIM ini dijadikan panduan dan bermanfaat untuk anda semua!

No comments

Powered by Blogger.