Tarikh Akhir Hantar Borang Cukai e-Filing 2020 LHDN



Tarikh Akhir Hantar Borang Cukai e-Filing 2020 LHDN|BILAKAH tarikh akhir hantar borang cukai e-filing bagi tahun 2020? Untuk makluman anda, pengemukaan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) untuk tahun taksiran 2018 melalui e-filling bagi borang E, BE, B, BT, P, MT dan TF boleh dilakukan bermula 1 Mac 2019. Tarikh akhir penghantaran borang e-Filing adalah 30 April 2019 bagi mereka yang tidak menjalankan perniagaan manakala 30 Jun 2019 pula bagi yang menjalankan perniagaan.

Tarikh Akhir Hantar Borang Cukai e-Filing 2018 LHDN

e-Filing dan m-Filing adalah merupakan aplikasi yang disediakan oleh LHDNM bagi memudahkan pembayar cukai dalam mengemukakan BNCP secara online. Diingatkan, pembayar cukai yang belum pernah menggunakan aplikasi e-Filing perlu memohon No. PIN e-Filing terlebih dahulu. TERKINI: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) melanjutkan tempoh sehingga 15 Mei untuk pembayar cukai individu yang tidak mempunyai pendapatan daripada punca perniagaan bagi mengemukakan borang BE atau M (tahun taksiran 2018) mereka secara e-Filing.

Tarikh Akhir Hantar Borang Cukai e-Filing 2020 LHDN

Berikut dikongsikan tarikh akhir borang cukai e-Filing 2019 untuk taksiran 2018 bagi borang E, BE, B, BT, P, M, MT dan TF:

Senarai Tarikh Akhir Hantar Borang Cukai e-Filing 2020

◾Borang E : Penyata Oleh Majikan (bagi
     majikan bukan syarikat)
◾Tarikh akhir : 31 Mac 2018

◾Borang BE : Borang Nyata individu
     (Pemastautin yang tidak menjalankan
     perniagaan)
◾Tarikh akhir : 30 April 2018 (Manual), 15
     Mei 2018 (e-filling)

◾Borang B : Borang Nyata Individu
     (Pemastautin yang menjalankan
     perniagaan)
◾Tarikh akhir : 30 Jun 2018

◾Borang P : Borang Nyata Perkongsian
◾Tarikh akhir : 30 Jun 2018

◾Borang BT : Borang Nyata Individu
     Pemastautin (Pekerja Berpengetahuan/
     Berpakaran)
◾Tarikh akhir : 30 April 2018 (Tidak
     menjalankan tugas), 30 Jun 2018
    (Menjalankan perniagaan)

◾Borang M : Borang Nyata Individu Bukan
     Bermastautin
◾Tarikh akhir : 30 April 2018 (Tidak
     menjalankan tugas), 30 Jun 2018
     (Menjalankan perniagaan)

◾Borang MT : Borang Nyata Individu
     Bukan Bermastautin (Pekerja
     Berpengetahuan)
◾Tarikh akhir : 30 April 2018 (Tidak
     menjalankan tugas), 30 Jun 2018

Info:
* Tarikh yang dinyatakan adalah tertakluk sebarang perubahan dari LHDNM

Cara Hubungi

Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi di talian 1-800-88-5436 atau layari Portal Rasmi LHDN di www.hasil.gov.my

Semoga perkongsian Tarikh Akhir Hantar Borang Cukai e-Filing 2020 ini dijadikan panduan buat pembayar cukai!

1 comment:

Powered by Blogger.