Borang Permohonan Ibu Emas Pulau Pinang 2018

Borang Permohonan Ibu Emas Pulau Pinang 2018|ADAKAH anda penduduk tetap di Pulau Pinang? Panduan buat kaum wanita yang bermastautin di Pulau Pinang dan tiada berpendapatan tetap. Menerusi Portal Rasmi i-Sejahtera, permohonan Program Bantuan Ibu Emas 2018 boleh dibuat secara manual dengan mengisi borang permohonan.

Borang Permohonan Ibu Emas Pulau Pinang 2018

Borang Permohonan Ibu Emas Pulau Pinang 2018

Berikut dikongsikan maklumat penting yang memaparkan cara permohonan beserta syarat kelayakan permohonan:

1. Borang permohonan boleh didapati di
    semua Pejabat Daerah dan Tanah, Pusat
    Khidmat ADUN / Parlimen atau Pejabat
    Masyarakat Penyayang Paras 45,
    KOMTAR.

Syarat Kelayakan Permohonan Ibu Emas 

Antara syarat kelayakan permohonan Bantuan Ibu Emas adalah seperti berikut:

1. Warganegara Malaysia.
2. Bermastautin di Pulau Pinang.
3. Umur kurang daripada 60 Tahun.
4. Wanita telah berumahtangga dan tiada
    berpendapatan tetap.
5. Berdaftar dengan SPR sebagai pemilih di
    Pulau Pinang.

Dokumen Sokongan Yang Perlu Disertakan

- Salinan Kad Pengenalan Pemohon
- Salinan Kad Pengenalan Suami
- Salinan Sijil Perkahwinan
- Salinan Sijil Kelahiran Salah Seorang Anak

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan, sila hubungi di:

No. Telefon : 04-650 5699 / 04-650 5700 / 04-650 5701
No. Faks : 04-261 1064
Alamat: Pejabat Masyarakat Penyayang, Paras 46, Bangunan Komtar 10503, Pulau Pinang

Selamat membuat permohonan Bantuan Ibu Emas tahun 2018! Semoga anda berjaya mendapat Bantuan Ibu Emas!

No comments

Powered by Blogger.