Contoh Pengenalan Kerja Kursus Sejarah PT3 2019



Contoh Pengenalan Kerja Kursus Sejarah PT3 2019|PANDUAN buat anda calon Tingkatan 3 (PT3) yang ingin menyiapkan tugasan Sejarah PT3 2019. Untuk makluman anda, tajuk tugasan Sejarah PT3 2019 adalah kajian tentang 'Masyarakat Di Kawasan Tempat Tinggal Anda'. Berikut dikongsikan contoh pengenalan Kerja Kursus Sejarah PT3 2019 buat panduan pelajar.

Artikel berkaitan:
👉 Contoh Jawapan Kerja Kursus Sejarah PT3 2019

Contoh Pengenalan Kerja Kursus Sejarah PT3 2018

Sedia maklum, pengenalan merupakan elemen penting dalam sesebuah tugasan atau laporan. Ia menjelaskan latar belakang iaitu dasar kepada sesuatu perkara.

Contoh Pengenalan Kerja Kursus Sejarah PT3 2019

Berikut dikongsikan contoh pengenalan Kerja Kursus Sejarah PT3 2019 buat rujukan pelajar:

Pengenalan Tugasan Sejarah PT3

Hulu Langat adalah sebuah daerah kelima terbesar di Selangor yang terletak diantara Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan. Daerah Hulu Langat dibahagikan kepada tujuh Mukim iaitu Hulu Langat, Ampang, Cheras, Hulu Semenyih, Kajang, Semenyih dan Beranang. Selain itu, ia mempunyai campuran perkampungan bandar dan luar bandar dengan majoriti penduduk yang menetap di bandar-bandar berhampiran Kuala Lumpur.

Kawasan sekitar daerah Hulu Langat dikelilingi oleh majoriti masyarakat Melayu, bangsa cina dan India.

Selain itu, Hulu Langat memang amat dikenali dan popular dengan aktiviti rekreasi kerana berdekatan dengan bandar Kuala Lumpur. Perkhidmatan MRT Sungai Buloh-Kajang yang dibuka baru-baru ini telah melalui di kawasan ini, yang dimana sebelum ini tidak disediakan oleh mana-mana perkhidmatan keretapi.

Info:
Contoh penulisan yang dikongsikan ini hanya sebagai contoh sahaja

Artikel berkaitan:
👉 Contoh Kaedah Kajian Sejarah PT3
👉 Contoh Objektif Kajian Sejarah PT3

Semoga perkongsian Contoh Pengenalan Kerja Kursus Sejarah PT3 2019 ini dijadikan panduan buat semua calon PT3!

No comments

Powered by Blogger.