Contoh Surat Notis Berhenti Kerja 24 Jam (2023)



Contoh Surat Notis Berhenti Kerja 24 Jam (2023)|ADAKAH anda ingin menulis surat perletakan jawatan atau berhenti kerja? Bagaimana cara membuat surat rasmi berhenti kerja yang mudah? Panduan buat anda yang ingin atau bercadang untuk membuat contoh surat berhenti kerja 24 jam. Untuk makluman anda, surat berhenti kerja atau dipanggil 'resignation letter' kebiasaannya ditulis samada dalam tempoh 24 jam mengikut terma dan syarat yang telah ditetapkan. Berikut dikongsikan Contoh Surat Notis Berhenti Kerja 24 Jam buat rujukan anda.

Contoh Surat Notis Berhenti Kerja 24 Jam

Contoh Surat Notis Berhenti Kerja 24 Jam (2023)

Berikut dikongsikan maklumat mengenai contoh surat notis berhenti kerja 24 jam:

Contoh Surat Notis Berhenti Kerja 24 Jam

CONTOH SURAT 1

AHMAD BIN SAAD
NO. 5 LORONG JATI,
TAMAN JATI,
09000 KULIM,
KEDAH DARUL AMAN

ABC AUTO SERVICE
NO. 2500 JALAN SELASIH,
TAMAN SELASIH,
09000 KULIM,
KEDAH DARUL AMAN

10 Julai 2017

Tuan/Puan/Encik/Cik,

PER: NOTIS BERHENTI KERJA TEMPOH 24 JAM

Merujuk kepada perkara di atas, saya ..................... ingin memaklumkan kepada Tuan/Puan bahawa saya akan meletakkan jawatan sebagai technician atas sebab tertentu dengan notis 24 jam bermula dari tarikh 11 Julai 2017.

2. Saya berharap pihak Tuan/Puan dapat menerima notis perletakan jawatan saya ini. Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak syarikat kerana telah memberi peluang saya berkhidmat di syarikat ini. Saya juga berharap agar syarikat ini terus disegani dan berkembang maju.

Sekian, terima kasih

Yang Benar,
...................................
(AHMAD BIN SAAD)
NO. KP: 650129-26-5586

Semoga perkongsian Contoh Surat Berhenti Kerja 24 Jam ini dijadikan panduan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.