Semakan Keputusan Rayuan UPU 2019-2020 Lepasan SPM



Semakan Keputusan Rayuan UPU 2019-2020 Lepasan SPM|PANDUAN buat pemohon yang membuat permohonan rayuan UPU kemasukan ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA sesi 2019/2020. Menerusi Kalendar UPU tahun 2019, semakan keputusan rayuan UPU sesi 2019-2020 boleh dibuat secara online pada 26 Jun 2019 mulai jam 12 tengahari bagi lepasan SPM.

Semakan Keputusan Rayuan UPU 2018-2019 Lepasan SPM

Calon diingatkan keputusan dan pemilihan bagi calon yang berjaya dalam permohonan rayuan adalah berdasarkan kekosongan tempat selepas pendaftaran pelajar baharu.

Semakan Keputusan Rayuan UPU 2019-2020 Lepasan SPM

Berikut dikongsikan maklumat penting yang memaparkan tarikh dan aplikasi semakan keputusan rayuan UPU:

◾Tarikh Semakan Dibuka: 26 Jun 2019
◾Tarikh Semakan Ditutup: 5 Julai 2019

Cara Semakan Keputusan Rayuan UPU 2019

A. Semakan Secara Online

1. Pemohon boleh layari Portal Rasmi UPU
    melalui pautan seperti berikut:
KLIK 👉 Semakan UPU Online

Info:
*Sistem aplikasi semakan secara online dan SMS hanya akan diaktifkan bermula dari tarikh hebahan keputusan UPU secara rasmi

B. Semakan Melalui SMS

Taipkan:
UPU<jarak>RESULT<jarak>NO. KAD PENGENALAN dan Hantarkan SMS ke 15888

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan, sila hubungi di talian helpline UPU di 03 - 8870 8200 atau laman web UPU http://upu.mohe.gov.my/web/.

Selamat membuat Semakan Keputusan Rayuan UPU Sesi 2019/2020 secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan UPU!

No comments

Powered by Blogger.