Senarai Resepi Berbuka Puasa dan Bersahur Bulan Ramadhan 2023



Senarai Resepi Berbuka Puasa dan Bersahur Bulan Ramadhan 2023|TIBANYA setiap bulan Ramadhan orang ramai pastinya tidak ketinggalan menyediakan pelbagai juadah menarik untuk berbuka puasa dan juga bersahur. Bagi anda yang ingin mendapat pelbagai resepi masakan yang mudah ketika berbuka puasa dan bersahur. Berikut dikongsikan senarai resepi berbuka puasa dan sahur di bulan Ramadhan tahun 2023 buat panduan anda.

Senarai Resepi Berbuka Puasa dan Bersahur Bulan Ramadhan

Senarai Resepi Berbuka Puasa dan Bersahur Bulan Ramadhan 2023

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan senarai resepi berbuka puasa dan sahur di bulan Ramadhan tahun 2023 yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa:

1. Ayam Masak Merah

Bahan-bahan:
- 1/2 Ekor Ayam
- Sedikit Garam
- Sedikir Kunyit

Bahan-bahan Kisar:
- 4-5 Biji Cili Kering
- 2 Ulas Bawang Putih
- 1 Labu Bawang Besar
- 1 cm Halia
- Sos Tomato

Cara-cara Memasak:
1. Potong kecil-kecil dan gaul bersama sedikit garam dan kunyit.

2. Goreng ayam sehingga benar-benar masak.

3. Kemudian, tumis bahan kisar sehingga naik bau.

4. Barulah masukkan sos tomato dan tumis sehingga naik minyak.

5. Masukkan ayam tadi dan biarkan kauh jadi pekat.

6. Setelah kuah dah pekat, padamkan api.

2. Ayam Masak Kicap

Bahan-bahan:
- 1/2 Ekor Ayam
- 6 Ulas Bawang Merah - Ditumbuk
- 1 Ulas Bawang Putih - Ditumbuk
- 1 cm Halia
- 1 Sudu Kecil Lada Hitam
- 2 Sudu Besar Sos Tiram
- 1Sudu Besar Kicap Pekat
- 3 Sudu Besar Kicap Manis
- 1/2 Cawan Air
- Sedikit Garam dan Gula

Cara-cara Memasak:
1. Potong kecil-kecil dan gaul bersama sedikit garam dan kunyit.

2. Goreng ayam sehingga benar-benar masak.

3. Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan lada hitam sehingga naik bau.

4. Masukkan ayam tadi dan gaul sehingga sekata.

5. Masukkan sedikit garam dan gula secukup rasa. Biarkan 1-2 minit dan padamkan api.

3. Ayam Goreng Kunyit

Bahan-bahan:
- Dada Ayam - Dipotong Dadu
- 1 Biji Bawang Besar - Dihiris Halus
- 1 Sudu Besar Serbuk Kunyit
- 1 Sudu Besar Serbuk Kari
- 1 Sudu Besar Serbuk Lada Sulah
- Cili Padi - Diketuk

Cara-cara Memasak:
1. Pertama kali, kisar bawang besar, bawang putih dan halia sehingga lumat.

2. Panaskan minyak, lalu tumis bahan kisar dan lada kisar sehingga naik bau.

3. Kemudian, masukkan kicap manis dan kicap pekat.

4. Masukkan daging tadi dan biarkan sehingga masak empuk.

5. Masukkan sedikit garam dan gula secukup rasa. Siap untuk dihidangkan!

4. Sup Ayam

Bahan-bahan:
- 500 gm Ayam (dipotong kecil)
- 2 Biji Kentang
- 1 Biji Tomato
- 1 Batang Kayu Manis
- 3 Kuntum Bunga Cengkih 2 Biji Pelaga
- 2 Kuntum Bunga Lawang
- Daun Sup dan Daun Bawang

Bahan Dikisar:
- 3 Ulas Bawang Merah
- 3 Ulas Bawang Putih
- Lada Hitam
- Jintan Manis
- Serbuk Ketumbar

Cara-cara Memasak:
1. Panaskan minyak dalam kuali terlebih dahulu dan tumiskan semua bahan kisar bersama kayu manis, bunga cengkih dan buah pelaga sehingga naik bau.
Kemudian, masukkan ayam dan biarkan tunggu sebentar.

2. Masukkan air anggaran 3 cawan dan biarkan seketika.

3. Kemudian, masukkan beberapa biji tomato dan letakkan garam dan gula secukup rasa.

4. Taburkan daun sup dan daun bawang apabila dihidangkan.

5. Daging Masak Kicap

Bahan-bahan:
- 300g Daging
- 1 Biji Bawang Besar
- 1 Biji Bawang Putih
- 1 cm Halia
- 1 Batang Kayu Manis
- 2 Sudu Besar Lada Kisar
- 3 Sudu Besar Kicap Manis
- 1/2 Cawan Air
- Sedikit Garam dan Gula

Cara-cara Memasak:
1. Pertama kali, kisar bawang besar, bawang putih dan halia sehingga lumat.

2. Panaskan minyak, lalu tumis bahan kisar dan lada kisar sehingga naik bau.

3. Kemudian, masukkan kicap manis dan kicap pekat.

4. Masukkan daging tadi dan biarkan sehingga masak empuk.

5. Masukkan sedikit garam dan gula secukup rasa. Siap untuk dihidangkan!

6. Sup Daging

Bahan-bahan:
- 1 Batang Kayu Manis
- Buah Pelaga
- 3-4 Biji Kentang
- 1 Bungkus Sup Bunjut
- Daun Sup dan Daun Bawang
- Sedikit Garam dan Gula

Bahan Dikisar/Ditumbuk:
- 5 Ulas Bawang Putih
- 7 Ulas Bawang Merah
- 1 Biji Bawang Besar
- Halia
- Lada Hitam

Cara-cara Memasak:
1. Pertama kali, rebus daging bersama sup bunjut didalam periuk. Masak sehingga daging tersebut betul-betul lembut.
Kemudian, tumbuk bawang putih, bawang merah, bawang besar dan halia sehingga lumat.

2. Panaskan minyak dalam kuali yang berasingan dan tumiskan bahan yang telah ditumbuk tadi sehingga kekuningan.

3. Seterusnya, masukkan bahan tumisan tadi ke dalam periuk bersama daging yang telah direbus.

4. Pastikan daging tersebut dimasak sehingga masak. Masukkan sedikit garam dan gula untuk secukup rasa.

5. Kemudian, masukkan beberapa biji kentang. Biarkan periuk ditutup sehingga daging benar-benar masak.

6. Hidangkan sup daging ke dalam mangkuk dan taburkan daun sup dan daun bawang.

7. Resepi Sup Ikan Merah

Bahan-bahan:
- 2-3 Ekor Ikan Merah Sederhana
- 2 Biji Tomato (Dipotong 4)
- 1 Batang Kayu Manis
- Daun Sup
- Secukup Garam

Bahan Dikisar:
- 1 Inci Halia
- 2 Biji Bawang Merah
- 3 Ulas Bawang Putih
- 1 Bungkus Sup Bunjut Ikan Adabi
- Lada Hitam

Cara-cara Memasak:
1. Potong ikan kepada beberapa bahagian.

2. Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan kisar dan kayu manis.

3. Kemudian, masukkan sup bunjut ikan adabi dan kacau sehingga naik bau harum.

4. Masukkan air yang secukupnya ke dalam periuk.

5. Selepas itu, masukkan pula ikan yang dipotong tadi dan kemudian masukkan tomato.

6. Masukkan secukup garam dan biarkan sup mendidih sehingga ikan masak.

8. Sup Ayam Cendawan

Bahan-bahan:
- 1kg Ayam (Dipotong kecil)
- 10 Keping Cendawan Kering (Direndam)
- 6 Biji Cili Padi (Diketuk)
- 1 Kiub Ayam Maggi
- 1 Sudu Kecil Serbuk Lada Hitam
- Sedikit Garam

Bahan Tumisan:
- 1 Batang Kulit Kayu Manis
- 3 Biji Bawang Merah
- 3 Ulas Bawang Putih
- 2 Inci Halia (Diketuk)

Cara-cara Memasak:
1. Masukkan bawang putih, bawang merah dan halia kemudian ditumis sehingga naik bau harum.

2. Masukkan potongan ayam dan masak selama 10 minit.

3. Kemudian, masukkan secukup air, kiub ayam, serbuk lada hitam dan garam. Biarkan ayam itu mendidih sehingga empuk.

4. Selepas itu, masukkan cendawan dan cili padi yang diketuk.

5. Tutup api dan siap untuk dihidang.

Semoga perkongsian Senarai Resepi Berbuka Puasa dan Bersahur Bulan Ramadhan ini bermanfaat buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.