Koleksi Ucapan dan Pantun Selamat Hari Raya Aidilfitri 2018

Koleksi Ucapan dan Pantun Selamat Hari Raya Aidilfitri 2018|TIDAK lama lagi seluruh umat Islam bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri yang jatuh pada 15 Jun 2018 bersamaan dengan 1 Syawal 1439 Hijrah. Pastinya dengan ketibaan Hari Raya Aidilfitri ini, setiap insan tidak melepaskan peluang menyampaikan ucapan memohon maaf ataupun ucapan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri. Berikut dikongsikan koleksi dan ucapan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun 2018.

Koleksi Ucapan dan Pantun Selamat Hari Raya Aidilfitri 2018

Koleksi Ucapan dan Pantun Selamat Hari Raya Aidilfitri 2018

Berikut dikongsikan koleksi ucapan dan pantun selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun 2018 buat panduan anda:

Bakar lemang sambil berdiri,
Untuk juadah aidilfitri,
Nak hantar kad raya posmen dan cuti,
SMS sahaja pengganti diri,
Maaf Zahir dan Batin.

Satu syawal menjelang tiba,
Takbir bergema mengegarkan jiwa,
Sekiranya ada salah dan dosa,
Ampun diminta di hari mulia,
Selamat hari raya maaf zahir dan batin.

Cahaya ramadhan berlalu pergi,
Menyambut tibanya Aidilfitri,
Ampun maaf segala peri,
Semoga ikatan kekal dihati,
Selamat hari raya maaf zahir batin.

Sungai disusur sehari-hari,
Dalam gelap menangkap ikan,
Kami menyusun sepuluh jari,
Salah dan silap harap maafkan.

Ramadhan bakal beransur pergi,
Syawak menjelma di Aidilfitri,
Seikhlas hati menyusun jari,
Memohon dimaaf kekhilafan diri,
Salam aidilfitri maaf zahir batin.

Pelita indah lagi berseri,
Menjadi hiasan di Aildilfitri,
Whatsapp dikirim pengganti diri,
Tanda ingatan tak layu dihati,
Selamat hari raya Aidilfitri,
Maaf zahir dan batin.

Bulan ramadhan bulan yang mulia,
Disambut dengan hati yang gembira,
Kini syawal semakin menjelma,
Tangan ku hulurkan maaf dipinta.

Disisir andam dengan cekap,
Potong rambut pelbagai gaya,
Puasa sebulan sudahlah lengkap,
Kita menyambut hari raya.

Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
Makan sudah bersalam pun sudah,
Duit raya takkan dah lupa.

Semoga perkongsian Koleksi Ucapan dan Pantun Selamat Hari Raya Aidilfitri 2018 ini bermanfaat buat semua!

No comments

Powered by Blogger.