Laluan Alternatif Balik Raya Ke Pantai Timur (Kelantan, Terengganu dan Pahang)

Laluan Alternatif Balik Raya Ke Pantai Timur (Kelantan, Terengganu dan Pahang)|BAGAIMANA memandu ke Pantai Timur melalui 'laluan alternatif'? Panduan buat anda yang mencari laluan alternatif untuk perjalanan balik raya ke Pantai Timur (Kelantan, Terengganu dan Pahang) dari Lembah Klang dan selatan tanah air. Laluan alternatif ini disediakan oleh Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR). Berikut dikongsikan laluan alternatif untuk perjalanan balik raya ke Kelantan, Terengganu dan Pahang buat panduan pemandu.

Laluan Alternatif Balik Raya Ke Pantai Timur (Kelantan, Terengganu dan Pahang)

Laluan alternatif bertujuan untuk membantu pengguna lebuhraya mengelakkan kesesakan lalulintas di lokasi-lokasi tertentu di musim perayaan.

Laluan Alternatif Balik Raya Ke Pantai Timur (Kelantan, Terengganu dan Pahang)

Berikut dikongsikan senarai laluan alternatif untuk panduan perjalanan balik raya di Kelantan, Terengganu dan Pahang:

1. Jalan Alternatif 1 di Jalan Persekutuan 
    8 (FT8)

Laluan alternatif pertama ini adalah untuk perjalanan dari Bentong, Pahang ke Kota Bharu, Kelantan dengan melalui Felda Mempaga, Pahang. Laluan alternatif  ini bertujuan mengelakkan kesesakan di Bandar Bentong, Pahang.

1. Selepas melalui Plaza Tol Bentong (Dari KL - Bentong) terus ke Laluan Persekutuan 1498 dan melalui Kampung Chinta Manis dan Felda Mempaga Jaya.

2. Masuk ke persimpangan kanan ke Laluan Persekutuan 1496 dan masuk ke persimpangan Kampung Sungai Ruan, Laluan C149 di sebelah kiri. Kemudian, masuk semula ke Laluan Persekutuan 8 dan terus menuju Kota Bharu.


2. Jalan Alternatif 2 di Jalan Persekutuan 
    8 (FT8)

Perjalanan dari Bentong, Pahang ke Kota Bharu, Kelantan dengan melalui Pekan Raub, Pahang. Laluan alternatif  ini bertujuan mengelakkan kesesakan di Pekan Raub, Pahang.

1. Dari Bentong melalui Laluan Persekutuan 8 terus ke Bandar Raub, keluar ke kiri masuk ke laluan C5 dan masuk ke persimpangan Jalan Cheroh ke Gesing melalui Laluan C158 di Seksyen 15.

2. Dari persimpangan Cheroh masuk semula ke Laluan Persekutuan 8 menghala terus ke Kota Bharu.


3. Jalan Alternatif 3 di Jalan Persekutuan 
    3 (FT3)

Dari Chukai ke Kuala Terengganu melalui Kg. Ibok, Terengganu. Laluan alternatif  ini bertujuan mengelakkan kesesakan di Bandar Chukai, Terengganu.

1. Pengguna dari Kuantan melalui Laluan Persekutuan 3 keluar ke kanan melalui Laluan T126 ke Chukai. Susur ke Laluan Persekutuan 237 dan kemudian susur ke kiri di persimpangan lampu isyarat yang ke-2 ke Laluan T131 menghala ke zoo mini.

2. Masuk ke Laluan T13 di Kampong Ibok dan terus ke Laluan T6 di Kampung Bukit Anak Dara. Di persimpangan empat, susur ke kiri Laluan Persekutuan 145 menuju ke Kuala Terengganu/ Kota Bharu.


4. Jalan Alternatif 4 di Jalan Persekutuan 
    8 (FT8)

Dari Gua Musang ke Kota Bharu melalui Kuala Krai. Laluan alternatif  ini bertujuan mengelakkan kesesakan di Kuala Krai.

1. Dari Gua Musang melalui Laluan Persekutuan FT8, keluar ke kanan melalui Laluan D225 di Kampung Sungai Peria.

2. Dari Simpang Tiga Sungai Pahi, susur ke kiri menghala ke Guchil dan masuk semula ke Laluan Persekutuan FT8 menuju ke Kota Bharu.


5. Laluan Alternatif Besut Ke Kota Bharu


Artikel Berkaitan:
👉 Senarai Lokasi Kamera AES Terkini di Malaysia 2018

Semoga perkongsian Laluan Alternatif ke Pantai Timur (Kelantan, Terengganu dan Pahang) ini bermanfaat buat semua! Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri!

No comments

Powered by Blogger.