Permohonan DPLI Universiti Malaysia (UM) 2023 Online (Semakan Keputusan)



Permohonan DPLI Universiti Malaysia (UM) 2023 Online (Semakan Keputusan)|ANDA berminat menjadi seorang guru? Perhatian buat graduan lepasan Ijazah Sarjana Muda (bukan pendidikan) yang berkelayakan dan berminat menjadi guru bagi kemasukan September 2023. Untuk makluman anda, permohonan Program DPLI UM (Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah) 2023 dijangka bakal dibuka secara online pada bulan Mei 2022.

Permohonan DPLI Universiti Malaysia (UM) 2018 Online

Sedia maklum, DPLI adalah satu pilihan buat lepasan ijazah ke arah menjadi seorang guru. Program Diploma Pasca Siswazah Pendidikan adalah kursus melibatkan pengajian 3 semester dengan mod pembelajaran sepenuh masa.

Permohonan DPLI Universiti Malaysia (UM) 2023 Online (Semakan Keputusan)

Berikut dikongsikan maklumat mengenai cara permohonan DPLI UM beserta syarat kelayakan permohonan dan semakan keputusan:

Cara Permohonan Program DPLI UM 2023 Online

1. Pemohon boleh membuat permohonan
    secara online menerusi pautan berikut:
KLIK 👉 https://pgadmission.um.edu.my/

2. Daftar terlebih dahulu dengan Universiti
    Malaysia jika belum mendaftar.

3. Mulakan Pendaftaran baru. Klik 'Register'
    setelah semua maklumat dilengkapkan.

4. Kod verifikasi akan dihantar ke email
    dan klik pautan link yang diberikan.

5. Log in selepas pendaftaran sebagai
    pengguna telah berjaya.

6. Klik 'Add New Programme'.

7. Isikan maklumat dengan lengkap di
    borang permohonan.

Syarat Kelayakan Permohonan DPLI UM 2023

Antara syarat kelayakan permohonan Program DPLI UM adalah seperti berikut:

◾Warganegara Malaysia
◾Umur tidak melebihi 35 tahun
◾Memiliki Ijazah Sarjana Muda atau setaraf dengannya daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan atau luar negara
◾Memiliki ijazah yang diiktiraf oleh kerajaan
◾Memiliki kepujian Bahasa Melayu di peringkat SPM/SPM(V) atau lulus kertas khas Bahasa Melayu di peringkat universiti/ IPTA tempatan yang diiktiraf. Prinsipal Bahasa Melayu di peringkat STPM boleh menggantikan kepujian Bahasa Melayu di peringkat SPM/SPM(V)
◾Bagi memohon Kursus Perguruan Lepas Ijazah (Sekolah Rendah) j-QAF Mode Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah, calon hendaklah memiliki ijazah sama ada dalam bidang Pengajian Islam atau Pengajian Bahasa Arab atau al-Quran atau bidang yang berkaitan
◾Calon hendaklah sihat tubuh badan dan berupaya mengikuti program-program yang dirangka untuk kursus ini
◾Calon yang berjaya dan ditawarkan kursus mestilah menunjukkan ijazah (skrol) semasa pendaftaran di Institut Pendidikan Guru Malaysia
◾Calon yang masih lagi terikat dengan kontrak perkhidmatan agensi kerajaan termasuk yang sedang mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah (Sekolah Rendah) j-QAF Mode Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah atau Kursus Dalam Cuti tidak layak memohon

Bidang Program Yang Ditawarkan

Antara bidang program yang ditawarkan di Program DPLI termasuklah:

◾Bahasa Melayu
◾Bahasa Inggeris
◾Bahasa Cina
◾Bahasa Tamil
◾Matematik
◾Pendidikan Islam
◾Sains
◾Pendidikan Pra Sekolah
◾Pendidikan Seni Visual
◾Kemahiran Hidup
◾Pendidikan Jasmani
◾Pengajian Sosial
◾Pendidikan Muzik

Selamat membuat Permohonan Program DPLI UM kemasukan tahun 2023 secara online!

No comments

Powered by Blogger.