Permohonan Pinjaman Pendidikan Negeri Pulau Pinang 2018 Online

Permohonan Pinjaman Pendidikan Negeri Pulau Pinang 2018 Online|PANDUAN buat anda yang ingin membuat permohonan Pinjaman Pendidikan Kerajaan Negeri Pulau Pinang tahun 2018. Untuk makluman anda, permohonan Pinjaman Pendidikan Negeri Pulau Pinang 2018 telah dibuka mulai 1 Jun hingga 30 Ogos 2018 melalui Portal Rasmi e-Pinjaman Penuntut.

Permohonan Pinjaman Pendidikan Negeri Pulau Pinang 2018 Online

Pinjaman Pendidikan Kerajaan Negeri Pulau Pinang bertujuan untuk memberi pinjaman pendidikan tinggi kepada warganegara Malaysia yang lahir atau menerima sebahagian daripada pelajaran mereka di Pulau Pinang. Permohonan ini dibuka bagi pengajian Sijil, Diploma, Diploma Lanjutan, Ijazah Sarjana Muda dan PHD.

Permohonan Pinjaman Pendidikan Negeri Pulau Pinang 2018 Online

Berikut dikongsikan maklumat yang memaparkan tarikh dan aplikasi permohonan beserta syarat kelayakan permohonan:

Tarikh Permohonan Pinjaman Pendidikan Negeri Pulau Pinang

◾Tarikh Dibuka: 1 Jun 2018
◾Tarikh Ditutup: 30 Ogos 2018

Cara Permohonan Pinjaman Pendidikan Negeri Pulau Pinang 2018

1. Pemohonan boleh dibuat secara online
    melalui Laman Web berikut:
KLIK 👉 https://epp.penang.gov.my/

2. Sila pastikan anda mengisi permohonan
    pinjaman dalam tempoh 3 hari selepas
    pendaftaran. Kemaskini borang adalah 3
    HARI dari tarikh pendaftaran dibuat.

3. Sila CETAK borang permohonan yang
    telah diisi beserta dokumen-dokumen
    berkenaan dan dihantar dalam tempoh 2
    MINGGU dari tarikh permohonan
    dihantar secara online ke alamat berikut:

LEMBAGA TABUNG AMANAH PINJAMAN PENUNTUT 
NEGERI PULAU PINANG, 
PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI,
PARAS 29, KOMTAR,
10503 PULAU PINANG

Syarat Permohonan Pinjaman Pendidikan Negeri Pulau Pinang

Antara syarat permohonan Pinjaman Pendidikan Kerajaan Negeri Pulau Pinang adalah seperti berikut:

◾Pemohon dilahirkan di Pulau Pinang
     atau sekurang-kurangnya bersekolah
     selama 5 tahun di Pulau Pinang.
◾Ditawarkan tempat di Universiti / Institut
     Pengajian Tinggi (IPT) tempatan sahaja. ◾Bagi pemohon dari Institusi Pengajian
     Tinggi Swasta, kursus yang diikuti
     hendaklah diluluskan oleh MQA
     (Malaysian Qualification Agency /Agensi
     Kelayakan Malaysia).
◾Pinjaman untuk kursus yang bertaraf
     Sijil, Diploma, Diploma PJJ, Ijazah
     Pertama, Ijazah PJJ, Sarjana dan PHD.
◾Pemohon yang sedang mengikuti kursus
     PraUniversiti / Matrikulasi / KPLI / Sijil
     Kemahiran / Kolej Vokasional tidak layak
     memohon.
◾Pinjaman Kali Ke-2 hanya ditawarkan
     kepada peminjam yang telah
     menyelesaikan bayaran balik pinjaman
     pertama.
◾Penerima pinjaman Penaja lain tidak
     layak memohon. (PTPTN/ MARA/ JPA/
     Mybrain dan sebagainya).
◾Permohonan adalah secara online.

Dokumen Penting Yang Diperlukan

Antara dokumen-dokumen penting yang diperlukan adalah seperti berikut:

1. Salinan Kad Pengenalan dan Sijil Lahir.
2. Salinan Surat Tawaran Kemasukan Dari Universiti/Institusi (IPTA / IPTS)
3. Salinan Sijil Berhenti Sekolah dan Surat Akuan (Testimonial) Sekolah Menengah. Sekiranya bukan anak negeri, sila sertakan bersama Sijil Berhenti Sekolah dan Surat Akuan Sekolah Rendah dan Menengah.
4. Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV) dan lain-lain sijil yang setaraf
5. Salinan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan lain-lain sijil yang setaraf (Jika Ada)
6. Salinan Sijl Politeknik/Diploma/Ijazah dan sebagainya (Jika Ada)
7. Salinan Keputusan Matrikulasi/Asasi Sains (Jika Ada)
8. Salinan Keputusan Peperiksaan bagi Tiap-tiap Tahun Akademik Penggal / Semester (Jika Ada)
 9. Pelajar dari Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) hendaklah mengemukakan salinan surat kelulusan kolej dan kursus yang dikeluarkan MQA (Malaysia Qualification Agency/Agensi Kelayakan Malaysia). Salinan tersebut boleh diperolehi dari IPTS berkenaan.

Cara Hubungi

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pentadbiran ini di talian 046505391 / 5165 / 5627.

Selamat membuat permohonan Pinjaman Pendidikan Negeri Pulau Pinang tahun 2018 secara online!

No comments

Powered by Blogger.