Permohonan Pinjaman YPJ 2018 Online (Yayasan Pelajaran Johor)

Permohonan Pinjaman YPJ 2018 Online (Yayasan Pelajaran Johor)|BERITA baik buat rakyat negeri Johor yang ingin mendapatkan bantuan pinjaman pelajaran atau biasiswa IPTA/IPTS. Menerusi Portal Rasmi Yayasan Pelajaran Johor, permohonan Pinjaman YPJ 2018 kini dibuka secara online mulai 4 Jun hingga 24 Jun 2018. Berikut dikongsikan cara permohonan Pinjaman YPJ tahun 2018 buat panduan anda.

Permohonan Pinjaman YPJ 2018 Online (Yayasan Pelajaran Johor)

Pinjaman YPJ merupakan salah satu bantuan rakyat yang ditawarkan kepada rakyat Johor bagi yang ingin melanjutkan pengajian ke IPTA/IPTS. Permohonan ini dibuka bagi pengajian Sijil, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.

Permohonan Pinjaman YPJ 2018 Online (Yayasan Pelajaran Johor)

Berikut dikongsikan maklumat penting yang meliputi tarikh dan aplikasi permohonan beserta syarat kelayakan:

1. Pemohon perlu layari Portal Rasmi YPJ
    melalui pautan seperti berikut:
KLIK 👉 http://prolims.ypj.gov.my/

2. Tunggu emel pengesahan dari pihak YPJ
    untuk mengesahkan Pra-Permohonan.

3. Setelah disahkan, isi borang permohonan
    secara atas online.

4. Sila semak kelulusan selepas 30 hari
    waktu bekerja

5. Sila muat turun aplikasi YPJ 'PROLIMS' di
    playstore dan app store untuk buat
    semakan.

Syarat Am Permohonan Pinjaman YPJ

◾Lahir dan menetap di Johor;
◾Mendapat tawaran kemasukan/sedang
     menuntut ke IPT sebelum memohon
     pembiayaan Pendidikan;
◾Kursus yang diikuti mestilah mendapat
     Sijil Perakuan Akreditasi daripada
     Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan
     belum tamat tempoh sah laku semasa
     permohonan dikemukakan;
◾Baki tempoh pengajian semasa membuat
     permohonan hendaklah tidak kurang
     dari satu (1) tahun;
◾Tiada penaja lain (Pinjaman/Biasiswa);
◾Kursus yang diikuti mestilah ‘sepenuh
     masa’;
◾Pendapatan ibu DAN bapa tidak melebihi
     RM8,000 sebulan (tertakluk kepada dasar
     semasa & kelulusan)

Dokumen Yang Diperlukan

Antara dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:

◾Slip Permohonan;
◾Salinan MyKad PEMOHON, IBU DAN
     BAPA / PENJAGA;
◾Salinan Slip Gaji / Penyata Pendapatan
     IBU DAN BAPA / PENJAGA;
◾Salinan Surat Tawaran Kemasukan ke
     IPT;
◾Salinan Sijil Berhenti Sekolah DAN
     Akuan Persekolahan;
◾Salinan Sijil-Sijil Persekolahan – Sijil SPM
◾Salinan Keputusan Peperiksaan Terkini
     IPT (Jika Berkaitan);
◾Salinan Sijil Perceraian / Kematian (Jika
     Berkaitan);
◾Lain-Lain Dokumen Berkaitan
◾Sekiranya ibubapa / penjaga tidak
     mempunyai slip gaji (bekerja sendiri)
     / tidak bekerja (suri  rumah / pesara /
     pencen / tiada

Selamat membuat permohonan Pinjaman YPJ (Yayasan Pelajaran Johor) tahun 2018! Semoga anda berjaya mendapat tawaran Pinjaman YPJ!

No comments

Powered by Blogger.