Permohonan Rumah Mampu Milik Terengganu 2019 Online

Permohonan Rumah Mampu Milik Terengganu 2019 Online|PANDUAN buat anda yang ingin membuat permohonan Rumah Mampu Milik Terengganu tahun 2018. Bilakah tarikh membuat permohonan Rumah Mampu Milik (RMM) Terengganu tahun 2019? Untuk makluman anda, permohonan Rumah Mampu Milik Terengganu 2019 dijangka dibuka pada bulan Mei 2019 menerusi Portal Rasmi eperumahan.terengganu.gov.my.

Permohonan Rumah Mampu Milik Terengganu 2018 Online

Permohonan Rumah Mampu Milik Terengganu dibuka kepada pemohon yang menetap di Terengganu dan belum pernah memiliki rumah sendiri.

Permohonan Rumah Mampu Milik Terengganu 2019 Online

Berikut dikongsikan maklumat yang memaparkan cara permohonan serta syarat kelayakan permohonan:

1. Pemohon perlu layari Portal Rasmi
    menerusi pautan seperti berikut:
KLIK 👉 http://eperumahan.terengganu.gov.my

2. Selepas siap buat pendaftaran, sila login
    ke akaun pemohon.

3. Pilih daerah projek perumahan.

4. Isikan maklumat pemohon dan klik
    'Hantar'.

Syarat Permohonan RMM Terengganu

Antara syarat permohonan Rumah Mampu Milik Terengganu adalah seperti berikut:

1. Pemohon atau pasangan merupakan rakyat Terengganu yang menetap dalam negeri Terengganu.

2. 21 tahun keatas, bagi pemohon yang berumur melebihi 50 tahun boleh dipertimbangkan dengan syarat mempunyai jaminan bayaran daripada ahli keluarga. (Ahli keluarga ditakrifkan daripada anak / adik beradik kandung).

3. Berkahwin; 10 % diperuntukkan kepada golongan bujang yang berpendapatan bulanan tidak melebihi RM 2,500.

4. Pemohon dan pasangan belum pernah memiliki rumah.

5. Pemohon dan pasangan tidak pernah menerima tanah anugerah kediaman daripada pihak kerajaan.

6. Pendapatan kasar bulanan isirumah (pemohon dan pasangan) tidak melebihi RM 3,500 sebulan.

7. Bagi pemohon dan pasangan dari penjawat awam, hanya yang bergred 1 hingga 22 sahaja layak memohon.

8. Isteri kedua / ketiga / keempat layak dipertimbangkan sekiranya mempunyai pendapatan bulanan tidak melebihi RM 2,500 sebulan.

9. Penerima hanya layak memiliki RMM / RPMM sekali sahaja dan sekiranya rumah tersebut dijual (selepas sekatan moratorium), penerima tidak layak lagi membuat permohonan kedua dan seterusnya.

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan, sila hubungi di:

PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN TERENGGANU
( PERUMAHAN )
Tingkat Bawah No. 28,
Pusat Niaga Paya Keladi,
20000 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.
Telefon : 09 - 626 7999 / 09 - 631 7999
Faks : 09 - 6262999

Selamat membuat Permohonan Rumah Mampu Milik Terengganu 2019 secara online!

No comments

Powered by Blogger.