Senarai Resepi Biskut Raya Popular Dan Viral 2022



Senarai Resepi Biskut Raya Popular Dan Viral 2022|MENJELANGNYA ketibaan Hari Raya Aidilfitri setiap tahun, menjadi kebiasaan orang ramai sibuk menyediakan pelbagai aneka juadah biskut raya yang menarik. Perhatian buat anda yang ingin ketahui resepi biskut raya yang 'simple' dan popular yang boleh dicuba di rumah. Berikut dikongsikan senarai resepi biskut raya popular dan viral tahun 2022 buat panduan anda.

Senarai Resepi Biskut Raya Yang Popular 2018

Senarai Resepi Biskut Raya Popular Dan Viral 2022

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan senarai resepi biskut raya yang popular dan viral tahun 2022 yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa:

1. Resepi Biskut Sarang Semut

Bahan-bahan:
- 1 Cawan Majerin
- 1 1/2 Tepung Gandum
- 1 1/2 Tepung Kastard
- 1 Biji Telur
- 1 Cawan Gula Halus
- 1 Sudu Teh Esen Vanilla

Cara Membuat Biskut Sarang Semut:

1. Masukkan majerin dan gula lalu pukul sehingga kembang.

2. Masukkan telur dan esen vanilla dan pukul lagi.

3. Kemudian, masukkan tepung gandum dan tepung kastard dan gaul rata lalu menjadikan satu doh.

4. Masukkan doh tadi ke dalam peti sejuk sehingga 15 minit.

5. Dengan menggunakan pemarut sarang semut, parutkan adunan ke dalam mangkuk dan sudukan ke dalam papercup.
6. Bakar dalam ketuhar pada suhu 130 - 150 °C selama 15 minit.

2. Resepi Cornflakes Madu

Bahan-bahan:
- 1 Buku Butter
- 1 Cawan Gula Halus
- Setengah Botol Madu
- Sekotak Cornflakes (Besar)

Cara Membuat Resepi Cornflakes Madu:

1. Pertama kali, campurkan butter dengan gula yang cair dan masukkan madu. Kacau sehingga rata. 

2. Dah rata tambah hiasan kesukaan anda. 

3. Kemudian, masukkan dalam acuan bakar selama 5-10 minit dalam keadaan suhu 160 °C.

3. Resepi Biskut Suji Pelangi

Bahan-bahan:
- 80g Gula Icing
- 220g Tepung Gandum
- 2 Sudu Kecil Baking Soda
- 60g Badam Kasar
- Pewarna (Ikut pilihan anda)
- Secubit Garam Halus
- Secukup Gula Halus

Cara Membuat Biskut Suji Pelangi:

1. Masukkan gula icing dan garam lalu dikacau sehingga sebati. Masukkan badam kisar dan kacau sehingga rata.

2. Kemudian, masukkan tepung sikit demi sedikit sambil diuli sehingga menjadi doh.

3. Bahagi doh kepada 3 atau 4 bahagian dan warnakan merah, hijau, kuning dan satu bahagian asal.

4. Ambil secubit adunan daripada keempat-empat doh berwarna, lalu campur dan bulatkan sebesar guli.

5. Selepas itu, bakar pada suhu 160°c selama 20 minit.

6. Setelah siap dibakar, golekkan biskut tadi dengan gula halus.

4. Resepi Popia Nestum

Bahan-bahan:
- Bungkus Popia (saiz lebar)
- 1/2 Cawan Nestum - Kisar halus
- 1/2 Cawan Gula Aising
- 1 Cawan Susu Tepung
- 1 Peket Horlicks 3 in 1
- 1 Sudu Tepung Gandum dicampur dengan sedikit air (sebagai pelekat)

Cara Membuat Popia Nestum:

1. Sediakan bungkus popia terlebih dahulu. Kemudian, sediakan tepung gandum yang dicampur dengan sedikit air.

2. Selepas itu, gulung popia tersebut. Lekat dihujungnya dengan pelekat tepung atau air sebelum digulung habis.

3. Kemudian, gunting popia yang telah digulung ikut bentuk yang kita suka. Biarkan beberapa jam dan barulah mula goreng.

4. Goreng dengan minyak yang banyak sehingga kelihatan kekuningan lalu toskan.

5. Dalam bekas lain, campur sekali sebati bahan-bahan nestum, gula, susu dan juga horlicks. Apabila popia dah agak-agak suam, taburkan bahan serbuk tadi ke atas popia tersebut.

5. Resepi Biskut Chocolate Chip

Bahan-bahan:
- Cawan Mentega
- 1 Cawan Gula Castor
- 1 Cawan Brown Sugar
- 2-3 Biji Telur
- 2 Sudu Teh Esen Vanilla
- 3 Cawan Tepung
- 1 1/4 Sudu Teh Baking Soda
- 1/2 Sudu Teh Garam
- 2 Cawan Semi Sweet Chocolate Chips

Cara Membuat Biskut Chocolate Chip:

1. Pertama kali, panaskan oven pada suhu 170 °C.

2. Kemudian, pukul mentega, gula kastor dan gula perang sehingga sedikit kembang dan sebati. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan esen vanila.

3. Masukkan tepung, baking soda dan garam, diikuti chocolate chips. Kacau sampai sebati.

4. Gunakan sudu kaupkan dan susun di atas baking tray yang dilapik dengan baking paper.

5. Bakar selama 10-15 minit atau sehingga biskut menjadi keperangan.

6. Resepi Blueberry Cheese Tart

Bahan-bahan:
- 170gm Marjerin
- 50gm Gula Aising
- 1 Biji Telur Gred C
- 290gm Tepung Gandum
- 1 Sudu Kecil Esen Vanilla

Cara Membuat Blueberry Cheese Tart:

1. Pertama kali, pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu.

2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi sekali dengan senduk kayu.

3. Kemudian, masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut.

4. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.

5. Bakar pada suhu 170 °C atau sehingga ia benar-benar masak.

Semoga perkongsian Senarai Resepi Biskut Raya Yang Popular 2022 ini bermanfaat buat anda semua! Selamat mencuba!

No comments

Powered by Blogger.