Tarikh Pembayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019

Tarikh Pembayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019|PANDUAN buat anda penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) tahun 2018. Bilakah tarikh pembayaran Bantuan Sara Hidup tahun 2019? Menerusi pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad akan meneruskan pemberian bantuan yang kini dikenali sebagai Bantuan Sara Hidup (BSH).

Tarikh Pembayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) 2018

Seperti dimaklumkan, pembayaran Bantuan Sara Hidup Fasa 2 akan dibuat pada 6 Jun 2018. Tarikh pembayaran Bantuan Sara Hidup 2018 akan dilakukan secara berperingkat-peringkat sebanyak TIGA kali kecuali bagi kategori bujang hanya sekali sahaja.

Tarikh Pembayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019

Berikut dikongsikan maklumat tarikh pembayaran Bantuan Sara Hidup 2018 meliputi Fasa 2 dan Fasa 3:

Kategori 1: Individu Bujang (Pendapatan RM2,000 dan Ke Bawah)

◾Jumlah Bayaran: RM450
◾Tarikh Bayaran:  26 Februari 2018

Kategori 2: Isi Rumah (Pendapatan Bulanan RM3,001 hingga RM4,000)

◾Jumlah Bayaran: RM900
◾Ansuran Pertama: RM300 (26 Februari
     2018)
◾Kedua: RM300 (6 Jun 2018)
◾Ketiga: RM300 (15 Ogos 2018)

Kategori 3: Isi Rumah (Pendapatan Di Bawah RM3,000)

◾Jumlah Bayaran: RM1200
◾Ansuran Pertama: RM400 (26 Februari
     2018)
◾Kedua: RM400 (6 Jun 2018)
◾Ketiga: RM400 (15 Ogos 2018)

Cara Pembayaran Bantuan Sara Hidup 2019

Berikut adalah cara pembayaran Bantuan Sara Hidup 2019 melalui 2 kaedah pembayaran:

1. Akaun Bank

Pembayaran akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank penerima untuk pemohon yang mengisi maklumat akaun bank semasa memohon.

2. Baucar Bantuan Sara Hidup

◾Bagi pemohon yang tiada akaun bank,
     akan menerima baucar Bantuan Sara
     Hidup.
◾Boleh ditunaikan dimana-mana
     cawangan Bank Simpanan Nasional
     (BSN).

Artikel Berkaitan:

👉 Semakan Status Bantuan Sara Hidup 2019

Cara Hubungi

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi di:

◾Nombor Hotline Kementerian Kewangan
     Malaysia 03 - 8882 4565/03 - 8882 4566
◾Nombor Bebas Tol LHDN 1-800-88-2716
◾Email: br1m@treasury.gov.my

Semoga perkongsian Jadual Pembayaran Bantuan Sara Hidup 2019 ini dijadikan panduan buat penerima Bantuan Sara Hidup!

No comments

Powered by Blogger.