Cara Melukis Peta Lakar Geografi PT3 2018

Cara Melukis Peta Lakar Geografi PT3 2018|PANDUAN buat calon PT3 yang sedang menyiapkan tugasan Geografi PT3 2018. Menerusi Lembaga Peperiksaan KPM, calon PT3 diberikan tugasan berjudul kajian tentang guna tanah di kawasan tempat tinggal atau sekolah anda. Berikut dikongsikan peta lakar iaitu cara melukis dan mentafsir peta lakar buat panduan pelajar.

Cara Melukis Peta Lakar Geografi PT3 2018

Peta adalah gambaran atau lukisan tentang sesuatu kawasan di permukaan bumi yang menunjukkan maklumat taburan iaitu Ciri Fizikal dan Ciri Budaya sebagaimana dilihat dari udara.

Cara Melukis Peta Lakar Geografi PT3 2018

Berikut dikongsikan mengenai cara melukis peta lakar tugasan geografi PT3:

Ciri Asas Peta Lengkap

Berikut adalah ciri-ciri asas peta yang lengkap:

1. Tajuk Peta
2. Bingkai Peta
3. Petunjuk Peta
4. Petunjuk Arah Utara
5. Simbol
6. Ciri Fizikal dan Ciri Budaya

Definisi Ciri Fizikal

Ciri semulajadi dan bukan buatan manusia seperti bentuk muka bumi, saliran dan tumbuhan semulajadi.

Definisi Ciri Budaya

Ciri yang terhasil daripada aktiviti manusia atau buatan manusia seperti pertanian, pelombongan, pengangkutan, perindustrian dan perhubungan.

Simbol Fizikal

Mewakili ciri-ciri semulajadi. Contohnya: bentuk muka bumi, saliran dan tumbuhan semulajadi.

Simbol Budaya

Mewakili ciri-ciri buatan manusia. Contohnya: petempatan, tanaman, perhubungan dan pelombongan.

Singkatan

Digunakan untuk menunjukkan lokasi sesuatu ciri, bentuk muka bumi dan kemudahan awam yang lain yang terdapat di dalam peta.

       Singkatan                    Ciri Geografi

          T.A.                                 Tali Air
          Pdg.                               Padang
         Hosp.                             Hospital
           Kg.                               Kampung
           B.P.                              Balai Pos
           Bt.                                  Bukit
           P.P.                             Pejabat Pos
          Sek.                               Sekolah
           G.                                 Gunung
          Ldg.                              Ladang
            S.                                 Sungai

Warna 

Warna berperanan menunjukkan ciri geografi yang terdapat di dalam peta.

Contoh:
◾Jalan Raya: Merah
◾Tanah Tinggi: Oren/Coklat
◾Bangunan: Hitam
◾Kawasan Perairan: Biru
◾Hutan, Tumbuh-tumbuhan: Hijau

Cara Melukis Peta Lakar

Berikut adalah cara melukis peta lakar dengan betul:

1. Lukiskan sebuah peta rangka kawasan

2. Kebiasaannya, peta lakar tidak memerlukan skala

3. Pilih simbol, warna dan singkatan yang sesuai bagi menunjukkan ciri fizikal dan ciri budaya di kawasan kajian

4. Lukis simbol dan diwarnai serta mempunyai singkatan bagi setiap ciri geografi

5. Lengkapkan peta dengan arah mata angin utara, petunjuk, tajuk peta yang sesuai dan bingkai peta.

Cara Mentafsir Peta Lakar

Berikut adalah cara mentafsir peta lakar dengan betul:

1. Perhatikan tajuk peta
2. Lihat petunjuk arah mata angin
3. Perhatikan petunjuk peta
4. Lihat skala
5. Kenalpasti ciri fizikal dan ciri budaya
6. Membuat rumusan yang sesuai

Contoh Peta Lakar Yang Sempurna

Cara Melukis Peta Lakar Geografi PT3 2018

Maklumat Lanjut

Untuk dapatkan panduan tugasan Geografi PT3 2018, sila rujuk artikel dibawah:

👉 Contoh Jawapan Kerja Kursus Geografi
PT3
👉 Contoh Kerangka Kasar Geografi PT3

Semoga perkongsian Cara Melukis Peta Lakar Geografi PT3 2018 ini dijadikan panduan buat semua calon PT3 untuk menghasilkan laporan yang terbaik!

No comments

Powered by Blogger.