Permohonan Bantuan Permulaan Ke IPT Zakat Pulau Pinang

Permohonan Bantuan Permulaan Ke IPT Zakat Pulau Pinang|BERITA baik buat warga Pulau Pinang yang ingin melanjutkan pengajian ke IPT. Untuk makluman anda, permohonan Bantuan Permulaan Ke IPT Zakat Pulau Pinang telah dibuka dengan mengisi borang permohonan di kaunter. Berikut dikongsikan cara permohonan Bantuan Permulaan Zakat Pulau Pinang ke IPT buat panduan pelajar.

Permohonan Bantuan Permulaan Ke IPT Zakat Pulau Pinang

Sedia maklum, permohonan Bantuan Permulaan Zakat Pulau Pinang ke IPT dibuka kepada yang mendapat tawaran belajar di peringkat sijil, diploma dan ijazah pertama sahaja. Tujuan Bantuan Permulaan Pulau Pinang ke IPT adalah membantu meringankan bebanan pelajar-pelajar untuk menampung perbelanjaan awal kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi (IPTA/ IPTS) dalam Negara.

Permohonan Bantuan Permulaan Ke IPT Zakat Pulau Pinang

Berikut dikongsikan maklumat mengenai cara permohonan beserta syarat kelayakan permohonan:

Cara Permohonan Bantuan Permulaan Ke IPT Zakat Pulau Pinang

1. Permohonan hendaklah melalui borang permohonan bantuan IPT yang dikeluarkan oleh Zakat Pulau Pinang.

2. Borang permohonan hendaklah diisi atas nama Ketua Keluarga.

3. Pemohon mestilah mengemukakan bukti-bukti kemasukan ke IPTA/ IPTS seperti surat tawaran.

4. Permohonan akan dipertimbangkan sekali sahaja untuk pelajar (anak) yang sama dalam tempoh setahun (tidak melebihi satu IPTA/ IPTS dalam masa setahun mengikut sessi kemasukkan).

5. Bagi semua permohonan IPT ZAKAT PULAU PINANG memutuskan merujuk kepada status pelajar tersebut sebagai Fakir/ Miskin, tidak pada waris.

Syarat Permohonan Bantuan Permulaan Ke IPT

Antara syarat permohonan Bantuan Permulaan Ke IPT adalah seperti berikut:

1. Memenuhi syarat-syarat umum bantuan zakat.

2. Pemohon mestilah pemastautin Negeri Pulau Pinang.

3. Permohonan hendaklah dalam tempoh enam bulan dari tarikh surat tawaran.

4. Pemohon hendaklah belum menerima tajaan dari mana-mana pihak.

5. Permohonan mestilah untuk pengajian sepenuh masa sahaja.

6. Anak pemohon telah mendapat tawaran untuk belajar diperingkat sijil atau diploma atau ijazah pertama sahaja dan untuk kali pertama sahaja.

7. Tempoh pengajian mestilah tidak kurang daripada setahun. Bagi kes-kes pendaftaran lewat, perlu dikemukakan bersama surat pengesahan IPT yang berkenaan.

8. Kursus perfileman, muzik, tarian dan kursus tajaan KEMAS seperti kursus jahitan, masakan dan sebagainya tidak dipertimbangkan.

9. Pelajar dari daerah-daerah di negeri bersempadan (Kulim, Kuala Muda, Parit Buntar dan sekitarnya) dengan syarat pemohon atau penjaga membayar Zakat kepada ZAKAT PULAU PINANG.

Semoga perkongsian Permohonan Bantuan Permulaan Ke IPT Zakat Pulau Pinang ini bermanfaat buat anda yang ingin melanjutkan pengajian!

No comments

Powered by Blogger.