Permohonan Yayasan Biasiswa Sarawak Tunku Abdul Rahman 2020/2021 Online



Permohonan Yayasan Biasiswa Sarawak Tunku Abdul Rahman 2020/2021 Online|ANDA berminat menyambung pengajian di dalam negara dan luar negara? Panduan buat anda yang ingin memohon biasiswa sebagai pinjaman pelajaran. Menerusi Portal Rasmi Yayasan Sarawak, permohonan Yayasan Biasiswa Sarawak Tunku Abdul Rahman (YBSTAR) 2020 dijangka bakal dibuka secara online pada bulan Jun 2019.

Permohonan Yayasan Biasiswa Sarawak Tunku Abdul Rahman 2018/2019 Online

Sedia maklum, permohonan biasiswa ini dibuka kepada pelajar yang ingin melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Pertama dan Ijazah Lanjutan.

Permohonan Yayasan Biasiswa Sarawak Tunku Abdul Rahman 2020/2021 Online

Berikut dikongsikan maklumat yang memaparkan tarikh dan aplikasi permohonan beserta syarat kelayakan permohonan:

Cara Permohonan Yayasan Biasiswa Sarawak Tunku Abdul Rahman 2020

1. Pemohon boleh melayari Portal Rasmi 
    Yayasan Sarawak secara online melalui
    pautan berikut:
Atau:-

2. Mendapatkan borang Yayasan Biasiswa 
    Sarawak Tunku Abdul Rahman melalui 
    alamat seperti berikut:

Pejabat Yayasan Sarawak, Wisma Adenan, Jalan Sultan Tengah, Petra Jaya,
93050 Kuching

3. Borang permohonan yang telah lengkap 
    diisi hendaklah dihantar kepada :

Seksyen Biasiswa
Yayasan Sarawak
Wisma Adenan, Jalan Sultan Tengah
Petra Jaya, 93050 KUCHING

Syarat Asas Biasiswa Yayasan Sarawak Tunku Abdul Rahman 2020

◾Warganegara Malaysia dengan keutamaan diberikan kepada yang bermastautin tetap di Negeri Sarawak

◾Sedang atau akan mengikuti pengajian dalam kursus seperti yang disenaraikan secara SEPENUH MASA di mana-mana Institusi Pengajian Tinggi yang diiktiraf dalam dan luar negara:

a. Ijazah Pertama untuk pengajian di dalam negara sahaja.
b. Ijazah Lanjutan untuk pengajian di dalam dan di luar negara.

Syarat Khusus (Kelayakan Akademik)

Pemohon yang sedang mengikuti pengajian ATAU pemohon yang telah diterima masuk ke institusi pengajian tinggi perlu mempunyai salah satu kelayakan akademik seperti berikut:

A. Ijazah Pertama

Memperolehi pencapaian akademik yang cemerlang sekurang-kurangnya Gred B dan ke atas pada setiap subjek di peringkat STPM, atau memperolehi CGPA/PNGK 3.00 dan ke atas bagi lulusan Sijil / Diploma / Matrikulasi / A-Level dan yang setaraf dengannya;

B. Ijazah Lanjutan

Memperolehi pencapaian akademik yang cemerlang sekurang-kurangnya Ijazah Kelas Kedua Atas atau CGPA/PNGK 3.00 ke atas semasa Ijazah Pertama atau Sarjana;

C. Kriteria Tambahan

◾Memiliki ciri-ciri kepimpinan yang tinggi, aktif di dalam aktiviti ko-kurikulum;
◾Aktif dan banyak menyumbang dalam kegiatan kemasyarakatan;
◾Perkembangan Bakat (Talent) iaitu cemerlang dalam satu atau lebih bidang terutama dari segi kepemimpinan, kemahiran dan kreativiti.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan, sila hubungi di:

SEKSYEN BIASISWA
Talian Pejabat : (082) 441686
Faks : (082) 440023

Selamat membuat permohonan Yayasan Biasiswa Sarawak Tunku Abdul Rahman 2020/2021 secara online!

No comments

Powered by Blogger.