Permohonan Zakat IPTA/IPTS MAIDAM 2018 Online

Permohonan Zakat IPTA/IPTS MAIDAM 2018 Online|BILAKAH tarikh permohonan Bantuan Zakat IPTA/IPTS 2018 dibuka? Panduan buat anda yang ingin membuat permohonan Zakat IPTA/IPTS MAIDAM tahun 2018. Untuk makluman anda, permohonan Zakat IPTA/IPTS MAIDAM 2018 telah dibuka secara online mulai 8 Julai hingga 31 Ogos 2018.

Permohonan Zakat IPTA/IPTS MAIDAM 2018 Online

Objektif bantuan Zakat IPTA/IPTS diwujudkan untuk menyediakan bantuan kepada penuntut Terengganu yang tidak berpeluang mendapat pinjaman atau pembiayaan pengajian di dalam dan luar negara.

Permohonan Zakat IPTA/IPTS MAIDAM 2018 Online

Berikut dikongsikan maklumat penting yang memaparkan tarikh dan aplikasi permohonan Zakat IPTA/IPTS MAIDAM:

Cara Permohonan Zakat IPTA/IPTS MAIDAM 2018

1. Pemohon perlu layari Portal Rasmi
MAIDAM melalui pautan berikut:
KLIK 👉 http://www.espmb.com/maidam_zakat/

2. Pemohon perlu mencetak borang yang telah diisi dan menghantar ke Ibu Pejabat MAIDAM ( bagi pelajar luar negara) atau Pusat Urusan Zakat Daerah (bagi pelajar dalam negara) beserta dokumen berikut:

i. Surat Pengesahan dari Attase Pendidikan Negeri Terengganu /Jabatan Penuntut Malaysia / Kedutaan Besar Malaysia tentang status terkini pelajar luar Negara atau dari Bahagian Hal Ehwal Pelajar sekiranya pelajar dalam negara yang mengandungi maklumat berikut:

- Bidang Pengajian
- Tahun Pengajian
- Pinjaman/ Pembiayaan semasa
- Keputusan peperiksaan
- Status pengajian sama ada dalam tempoh sebenar / penangguhan semester

ii. Salinan kad pengenalan pemohon, ibu dan bapa / penjaga.

iii. Salinan slip gaji ibu dan bapa/ penjaga atau akuan pendapatan bulanan bagi yang
bekerja sendiri / pemohon dan pasangan jika bekerja.

iv. Keputusan peperiksaan semua semester pengajian untuk pelajar dalam dan luar negara yang telah disahkan oleh bahagian akademik IPT berkenaan.

v. Pengesahan bermastautin di Terengganu.

vi. Salinan nombor akaun bank ( BIMB/ HSBC/ CIMB/ MAYBANK/ BSN dll).

vii. Sijil-sijil akademik serta lain-lain dokumen yang berkaitan dan disahkan.

Kadar Bantuan 

a. Para pelajar (Dalam Negara) yang mendapat pinjaman PTPTN dan lain-lain agensi pemberi pinjaman pengajian/penaja pengajian memperolehi Purata Nilai Gred atau Grade point Average (GPA) 2.5 ke atas dalam semester pertama sesi akademik semasa, layak mendapat Bantuan Am Pelajaran dengan kadar khusus secara tahunan seperti berikut:

Bil.   Tahap Pengajian   Dalam Negara RM

1.             Diploma                         800.00
2.         Ijazah Pertama              1,000.00
 
b. Lain-lain kadar bantuan adalah berdasarkan keputusan MAIDAM dari semasa ke semasa.

Artikel Berkaitan:
👉 Semakan Status Zakat MAIDAM 2018

Cara Hubungi

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi di:

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu
Pusat Pentadbiran Islam Negeri,
Komplek Seri Iman, Jalan Sultan Mohamad
20519 Kuala Terengganu.
Terengganu.
Tel; 09-6303030
Fax:09-6247917
E-mail : info@maidam.gov.my

Selamat membuat Permohonan Zakat IPTA/IPTS MAIDAM tahun 2018 secara online!

No comments

Powered by Blogger.