Cara Pendaftaran Tag RFID Touch 'n Go

Cara Pendaftaran Tag RFID Touch 'n Go|ANDA sudah mendaftar tag RFID Touch 'n Go? Panduan buat anda pengguna jalan raya yang ingin membuat pendaftaran RFID Touch 'n Go secara online. Untuk makluman anda, kini pendaftaran RFID Touch 'n Go telah dibuka secara online menerusi Portal Rasmi Touch 'n Go. Berikut dikongsikan cara pendaftaran tag RFID Touch 'n Go buat panduan anda.

Cara Pendaftaran Tag RFID Touch 'n Go

Touch ‘n Go akan memperkenalkan RFID sebagai satu sistem pembayaran tol elektronik baharu yang menggunakan pelekat sebagai salah satu cara untuk bayaran tol. Pelekat RFID juga dipanggil sebagai tag RFID yang mengandungi cip frekuensi radio dan ditampal pada cermin hadapan atau lampu depan kenderaan. Fasa percubaan RFID bagi pengguna awam akan bermula pada 3hb September 2018 dan hanya terbuka kepada pengguna lebuh raya sekitar Lembah Klang  yang memandu kenderaan milik persendirian sahaja.

Cara Pendaftaran Tag RFID Touch 'n Go

Berikut dikongsikan maklumat penting mengenai cara pendaftaran RFID Touch 'n Go:

1. Pengguna yang berminat untuk menjadi pengguna awal RFID boleh mendaftarkan nama dan maklumat untuk dihubungi di pautan ini, www.touchngo.com.my/html/preregisterRFID.aspx.

2. Isikan maklumat seperti Email, Nama Penuh dan No. Telefon.

3. Klik pada 'I'm not a robot' dan kemudian klik pada butang 'Submit'.

Cara Memasang Pelekat RFID

Berikut adalah cara memasang pelekat atau tag RFID Touch 'n Go:

1. Pelekat RFID mesti ditampal di cermin hadapan atau lampu depan di pusat pemasangan  yang berdaftar. Pemasangan bagi setiap kenderaan dijangka mengambil masa tidak melebihi 15 minit.


Senarai Plaza Tol Menggunakan Tag RFID

Antara senarai plaza tol yang menggunakan tag RFID adalah seperti:


Info Lanjut

Sebarang pertanyaan, sila hubungi di Touch 'n Go Careline 03 - 27148888 atau layari Laman Web Rasmi www.touchngo.com.my

Semoga perkongsian Cara Pendaftaran Tag RFID Touch 'n Go ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.