Pendaftaran Ahli KWSP i-Suri 2020



Pendaftaran Ahli KWSP i-Suri 2020|BILAKAH tarikh pendaftaran ahli KWSP/ i-Suri? Panduan buat anda yang ingin membuat pendaftaran ahli i-Suri untuk caruman KWSP. Menerusi Portal Rasmi KWSP, pendaftaran ahli KWSP atau i-Suri bagi individu yang layak boleh dibuat mulai 15 Ogos 2018 dimana-mana kaunter KWSP.

Pendaftaran Ahli KWSP i-Suri 2018

Sumbangan Kerajaan ke dalam akaun KWSP sehingga RM 200 kepada mereka yang layak bagi caruman untuk tempoh Ogos - Disember 2018. Bagi tahun berikutnya, jumlah sumbangan adalah sehingga RM 480 setahun.

Pendaftaran Ahli KWSP i-Suri 2020

Berikut dikongsikan maklumat penting yang meliputi cara pendaftaran, manfaat serta syarat kelayakan ahli KWSP/i-Suri:

Cara Pendaftaran Ahli KWSP i-Suri

◾Pendaftaran ahli KWSP atau i-Suri bagi individu yang layak mulai 15 Ogos 2018 dimana-mana kaunter KWSP.

Syarat Kelayakan Ahli KWSP

Golongan suri rumah yang berdaftar dalam sistem e-Kasih termasuk:

1. Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR)
2. KIR Wanita: Balu, bercerai atau bujang
3. Warganegara Malaysia
4. Belum mencapai umur 60 tahun
5. Mencarum sekurang-kurangnya RM 5 sebulan atau RM 60 setahun

Manfaat Ahli KWSP

Antara manfaat ahli KWSP adalah seperti berikut:

◾Dividen tahunan
◾Bantuan hilang upaya
◾Bantuan kematian
◾Pengeluaran simpanan
◾Perlepasan cukai

Pembayaran Caruman KWSP

Berikut adalah cara pembayaran caruman KWSP:

◾Tunai atau cek di kaunter peresitan KWSP
◾Tunai atau cek di kaunter panel bank KWSP
◾Pindahan wang melalui perbankan internet oleh bank yang dilantik

Artikel Berkaitan:

👉 Semakan Status Caruman KWSP Suri Rumah

Info Lanjut

Sebarang pertanyaan, sila hubungi di Pusat Pengurusan Perhubungan 03 - 8922 6000 atau sila layari di www.kwsp.gov.my

Selamat membuat Pendaftaran Ahli KWSP i-Suri tahun 2020! Semoga anda berjaya menjadi ahli KWSP/ i-Suri!

3 comments:

  1. Mcm sy pernah bekerja dan dah ada kwsp sendiri masih kena pi daftar ke

    ReplyDelete
  2. Nak isi secara online untuk i suri mcm mana. Dah puas klik tapi x keluar pun tempat utk isi online

    ReplyDelete

Powered by Blogger.