Permohonan Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak (BPKNS) 2018/2019 Online

Permohonan Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak (BPKNS) 2018/2019 Online|PERHATIAN buat anda khususnya warga negeri Sarawak yang ingin membuat permohonan pinjaman pelajaran sebagai biasiswa. Untuk makluman anda, permohonan Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak (BPKNS) 2018/2019 kini telah dibuka secara online mulai 12 hingga tarikh tutup 25 Ogos 2018 menerusi Laman Web https://escholarship.sarawak.gov.my

Permohonan Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak (BPKNS) 2018/2019 Online

BPKNS merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Sarawak untuk menampung sebahagian daripada kos pendidikan pelajar termasuk yuran pengajian, elaun sara hidup, elaun pengangkutan dan elaun buku, pakaian dan lain-lain. Pelajar yang ditawarkan hanya akan membayar balik 25% daripada keseluruhan peruntukan yang diberi kepada pelajar dengan syarat pelajar tersebut telah menamatkan program pengajian dengan jayanya.

Permohonan Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak (BPKNS) 2018/2019 Online

Berikut dikongsikan maklumat penting berkaitan tarikh dan aplikasi permohonan beserta syarat kelayakan:

◾Tarikh Permohonan: 12 hingga 25 Ogos
     2018
◾Aplikasi Permohonan:
KLIK 👉 https://escholarship.sarawak.gov.my

Cara Permohonan Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak (BPKNS) 

1. Pemohon perlu layari menerusi pautan
    seperti berikut:
KLIK 👉 https://escholarship.sarawak.gov.my

2. Bagi pemohon baru, sila klik pada Daftar
    Akaun Baru Di Sini untuk mendaftar.

3. Bagi anda pernah memohon e-
    scholarship, sila Log Masuk nombor Kad
    Pengenalan serta Kata Laluan (Log
    Masuk Bukan Sarawak ID) untuk log
    masuk (log-in).

4. Bagi anda mempunyai Sarawak ID, sila
    klik Log Masuk Sarawak ID untuk log
    masuk (log-in).

5. Sila lengkapkan Maklumat Peribadi
    Pemohon serta Maklumat Tambahan
    Pemohon. Kemudian, sila klik pada
    Permohonan dan seterusnya klik pada
    Permohonan Baru.

6. Sila lengkapkan Maklumat Permohonan
    Biasiswa. Para pemohon dikehendaki
    untuk menyemak butiran pemohon
    dengan teliti. Maklumat permohonan
    yang telah dihantar tidak dapat diubah
    oleh pemohon.

Syarat Permohonan Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak (BPKNS)

Antara syarat permohonan Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak (BPKNS) adalah:

a. Pemohon merupakan warganegara Malaysia dan bermastautin tetap di Negeri Sarawak.

b. Terbuka kepada pelajar yang mengikuti program pengajian IPTA sepenuh masa sahaja.

c. Terbuka kepada pelajar di peringkat Diploma dan Sarjana Muda sahaja.

d. Telah mendapat surat tawaran daripada IPTA.

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan, sila hubungi di:

SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SARAWAK
BAHAGIAN BIASISWA PINJAMAN
Tingkat 9 & 10, Wisma Satok, 93400 Kuching, Sarawak.
No. Tel : 082-237126/ 082-237135
No. Fax : 082-237258/ 082-237010
E-mel : spans@sarawak.gov.my

Selamat membuat Permohonan Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak (BPKNS) tahun 2018!

No comments

Powered by Blogger.