Semakan Status Scammer 2021 Online (CCID)



Semakan Status Scammer 2021 Online (CCID)|ADAKAH anda pernah kena dengan jenayah 'scammer'? Perhatian buat anda yang ingin ketahui cara semakan status scammer secara online. Untuk makluman anda, semakan status scammer boleh dibuat secara online menerusi Laman Web http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/. Berikut dikongsikan cara semakan status scammer secara online buat panduan anda.

Semakan Status Scammer Secara Online

Sedia maklum, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melancarkan satu portal bagi membolehkan pengguna membuat semakan akaun bank dan nombor telefon secara online bagi mengetahui samada urusniaga itu adalah scammer atau sebaliknya.

Semakan Status Scammer 2021 Online (CCID)

Berikut dikongsikan maklumat mengenai cara semakan status scammer secara online:

Cara Semakan Status Scammer Online

1. Anda perlu layari laman web CCID secara online menerusi pautan seperti berikut:
KLIK 👉 http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/

2. Masukkan Nombor Akaun atau Nombor Telefon diruangan disediakan.

3. Masukkkan Captcha yang tertera di paparan anda.

4. Kemudian, klik pada butang 'Semak Maklumat'.

Semoga perkongsian Semakan Status Scammer secara online ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.