Contoh Soalan dan Skema Jawapan Kerajaan Islam di Madinah



Contoh Soalan dan Skema Jawapan Kerajaan Islam di Madinah|ADAKAH anda calon yang bakal menduduki peperiksaan SPM tahun 2018? Panduan buat calon yang ingin menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2018? Berikut dikongsikan contoh soalan dan skema jawapan Kerajaan Islam di Madinah untuk mata pelajaran Sejarah Kertas 3 Tingkatan 4 Bab 5 buat rujukan pelajar.

Contoh Soalan dan Skema Jawapan Kerajaan Islam di Madinah

Contoh Soalan dan Skema Jawapan Kerajaan Islam di Madinah

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan contoh soalan dan skema jawapan Kerajaan Islam di Madinah untuk mata pelajaran Sejarah Kertas 3 Tingkatan 4 Bab 5:

Kerangka Jawapan Kerajaan Islam di Madinah

1. Pengenalan (5 markah)

Jelaskan latar belakang negara Kota Madinah di Tanah Arab sebelum kedatangan Islam

2. Konsep Hijrah dan kepentingannya (30 markah)

Huraikan konsep, tujuan dan kepentingan Hijrah.

i. Konsep Hijrah (5M)
ii. Sebab dan tujuan Hijrah (5M)
iii. Kepentingan Hijrah (20M)

3. Aspek-aspek penting Piagam Madinah (15 markah)

Jelaskan kandungan Piagam Madinah

4. Langkah-langkah ke arah menjayakan konsep 1Malaysia masyarakat Malaysia (10 markah)

Cadangkan langkah-langkah untuk menjayakan konsep 1 Malaysia atau hubungkaitkan kandungan Piagam Madinah dengan situasi negara kita pada hari ini.

5. Kejayaan Malaysia (10 markah)

Berdasarkan pemerhatian anda, jelaskan kejayaan yang dicapai oleh negara menerusi perpaduan kaum.

6. Cabaran dan langkah (10 markah)

i) Jelaskan cabaran yang dihadapi untuk mengekalkan keamanan dan keharmonian negara (5M)
ii) Nyatakan langkah-langkah untuk mengatasi cabaran di atas (5M)

7. Nilai-nilai dari aspek perpaduan kaum (10 markah)

Nyatakan nilai-nilai murni/ iktibar yang diperolehi daripada perpaduan kaum.

8. Rumusan (5 markah)

Pengetahuan yang diperoleh iktibar kepada diri, bangsa dan negara harapan untuk perpaduan kaum di Malaysia yang lebih cemerlang


Skema Jawapan Kerajaan Islam Di Madinah

Soalan 1 : Pengenalan /Latar belakang Kota Madinah

F1 Yathrib
F2 Bandar bercahaya
F3 Hijaz
F4 Utara Makkah
F5 Pusat perdagangan-
F6 Strategik
F7 Di tengah-tengah perjalanan antara Makkah dan Syam
F8 Nasrani-
F9 Yahudi
F10 Arab
F11 Aus /Khazraj

Soalan 2 : Konsep Hijrah, tujuan & kepentingannya

i) Konsep Hijrah

F1 Berpindah-perpindahan dari satu tempat ke satu tempat yang lain
F2 Perpindahan orang Islam
F3 Dari Kota Makkah ke Madinah
F4 Memperkukuh kedudukan Islam
F5 Strategi menyebarkan Islam
F6 Perjuangan
F7 Menegakkan kebenaran
F8 Meninggalakkan keburukan/kejahatan
F9 Semangat ingin berubah-Perubahan sikap

ii) Tujuan (MS 121)

iii) Kepentingan (MS 122-124)

Soalan 3 : Kandungan Piagam Madinah

F1 Nabi Muhammad s.a.w dilantik sebagai pemimpin di Madinah.
F2 Perdana Menteri dipilih melalui sistem pilihanraya
F3 Nabi Muhammad s.a.w adalah sebagai hakim yang menyelesaikan masalah yang timbul antara orang Islam dengan orang bukan Islam.
F4 Di Malaysia, hakim adalah orang yang dilantik Yang Dipertuan Agong.
F5 Perlembagaan Madinah dibentuk sebelum pembentukan Madinah.
F6 Perlembagaan Malaysia dibentuk sebelum merdeka.
F7 Perlembagaan Madinah, masyarakat Madinah bebas mengamalkan agama masing-masing.
F8 Perlembagaan Malaysia turut memberikan konsep kebebasan beragama
F9 Perlembagaan Malaysia menetapkan agama Islam sebagai agama rasmi
F10 Perlembagaan Madinah, masyarakat Madinah dianggap sebagai satu ummah dan mempunyai tanggungjawab yang sama terhadap negara.
F11 Perlembagaan Malaysia menetapkan warganegara Malaysia sebagai rakyat negara Malaysia.
F12 Masyarakat Madinah tidak boleh bermusuhan sesama sendiri.
F13 Masyarakat Malaysia digalakkan bersatu padu dan bekerjasama.
F14 Piagam Madinah undang-undang Islam digunapakai secara menyeluruh tetapi peraturan kekeluargaan di dalam sesuatu kabilah boleh diamalkan selagi tidak bertentangan dengan Islam.
F15 Di Malaysia ,undang-undang sivil menjadi teras tetapi undang-undang syariah juga digunakan untuk orang-orang Islam.
F16 Kerjasama antara masyarakat Madinah dituntut demi memajukan ekonomi negara.

Soalan 4 : Langkah-langkah ke arah menjayakan konsep 1 Malaysia masyarakat Malaysia

F1 Mengukuhkan perpaduan rakyat
F2 Merealisasikan Wawasan 2020
F3 Merealsasikan Falsafah Pendidikan Negara
F4 Meningkatkan mutu pendidikan- F5 Menghayati Rukun Negara
F6 Menghayati Perlembagaan Malaysia
F7 Pendidikan sepanjang hayat
F8 Mengukuhkan jati diri
F9 Menerapkan integriti
F10 Memperkasakan sekolah wawasan
F11 Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)
F12 Menghormati agama lain
F13 Menjadikan minda rakyat kelas pertama

Soalan 5 : Kejayaan Malaysia

F1 Kestabilan politik
F2 Kemajuan pendidikan
F3 Kebebasan beragama
F4 Kebebasan mengamalkan kebudayaan pelbagai kaum
(Mana-mana yang munasabah)

Soalan 6 : Cabaran dan langkah

Cabaran:
F1 Masalah perpaduan
F2 Persaingan ekonomi dunia
F3 Kekurangan tenaga mahir
F4 Masalah kemiskinan
F5 Ancaman dadah
F6 Penyalahgunaan laman sesawang
F7 Kemasukan orang asing
F8 Ancaman liberalisme Barat
F9 Keruntuhan akhlak

Langkah:
F1 Memperkukuhkan perpaduan rakyat
F2 Meningkatkan kerjasama
F3 Mengamalkan toleransi
F4 Hormat-menghormati
F5 Menjayakan konsep 1Malaysia
(Mana-mana yang munasabah)

Soalan 7 : Nilai-nilai
F1 Memanfaatkan kurniaan tuhan
F2 Mengekalkan tradisi
F3 Berani menghadapi cabaran
F4 Toleransi
F5 Bekerjasama
F6 Hormat-menghormati
F7 Bersatupadu
F8 Berani mempertahankan negara
F9 Berdaya saing
F10 Jati diri

Soalan 8 : Iktibar

F1 Pengetahuan yang diperoleh
F2 Kepada diri, bangsa dan negara
F3 Harapan untuk masa depan ekonomi Malaysia yang lebih cemerlang

Semoga perkongsian Contoh Soalan dan Skema Jawapan Kerajaan Islam di Madinah ini dijadikan rujukan buat semua calon SPM!

No comments

Powered by Blogger.