Permohonan Guru Interim Tahfiz 2019 Online

Permohonan Guru Interim Tahfiz 2019 Online|BILAKAH tarikh permohonan Guru Interim Tahfiz tahun 2019? Panduan buat anda yang berminat membuat permohonan Guru Interim Tahfiz KPM tahun 2019. Menerusi Portal Rasmi KPM, permohonan guru interim tahfiz ambilan 2019 telah dibuka secara online mulai 15 hingga 21 Oktober 2018.

Permohonan Guru Interim Tahfiz 2019 Online

Permohonan Guru Interim Tahfiz 2019 Online

Berikut dikongsikan maklumat penting berkaitan tarikh dan aplikasi permohonan beserta syarat kelayakan permohonan:

◾Tarikh Permohonan: 15 hingga 21
     Oktober 2018
◾Aplikasi Permohonan:
KLIK 👉https://pismp.moe.gov.my/myumum

Cara Permohonan Guru Interim Tahfiz 2019

1. Pemohon perlu layari secara atas talian (online) menerusi pautan di https://pismp.moe.gov.my/myumum

2. Borang permohonan tersebut boleh dikemaskini sebelum atau pada 21 Oktober 2018.

Syarat Kelayakan Permohonan Guru Interim Tahfiz

Antara syarat kelayakan permohonan guru interim tahfiz adalah seperti berikut:

◾Warganegara Malaysia
◾Sihat tubuh badan
◾Umur tidak melebihi 35 tahun pada 1 Januari 2019
◾Memiliki kelulusan akademik sekurang-kurangnya:
i. Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengajian Islam atau Pendidikan
Islam atau Pengajian Bahasa Arab atau Takhassus Qiraat/Tahfiz Wal Qiraat atau bidang-bidang yang berkaitan yang setaraf
dengannya daripada Universiti Awam (UA) atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan atau luar negara dengan
pencapaian minimum CGPA 2.50.

ii. Guru Tahfiz disyaratkan memiliki Diploma Tahfiz atau Sijil Tahfiz Malaysia (STM) yang diiktiraf oleh Darul Quran, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

iii. Bagi calon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Takhassus Qiraat/Tahfiz Wal Qiraat yang diiktiraf oleh MQA dikecualikan
daripada syarat di para 2.4.2.

iv. Memperoleh salinan cetakan pengiktirafan kelayakan secara dalam
talian dan bertepatan dalam tempoh pengiktirafan sekiranya memiliki ijazah atau diploma daripada UA atau IPTS tempatan

Cara Hubungi 

Sebarang pertanyaan, sila hubungi di:

BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS BAWAH & 2, NO 2251
BANGUNAN MUSTAPHA KAMAL
JALAN USAHAWAN 1, 63000 CYBERJAYA
SELANGOR DARUL EHSAN
No. Telefon : 03-83217300/7200
E-mel : bpi.kpm@moe.gov.my

Selamat membuat permohonan Guru Interim Tahfiz KPM tahun 2019 secara online!

No comments

Powered by Blogger.