Permohonan Guru Tabika KEMAS 2019 Online

Permohonan Guru Tabika KEMAS 2019 Online|ADAKAH anda berminat menjadi sebagai Guru Tabika KEMAS? Panduan buat anda yang berminat dan berkelayakan membuat permohonan Guru Tabika KEMAS ambilan 2019. Untuk makluman anda, permohonan Guru Tabika KEMAS 2019 telah dibuka secara online mulai 22 Oktober hingga tarikh tutup 5 November 2018.

Permohonan Guru Tabika KEMAS 2019 Online

Permohonan Guru Tabika KEMAS 2019 Online

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan tarikh dan aplikasi permohonan beserta syarat kelayakan permohonan:

Cara Permohonan Guru Tabika KEMAS 2019

1. Pemohon perlu layari secara online menerusi pautan di http://ejawatan.totalconfigure.com/

2. Calon tidak dibenarkan isi borang permohonan lebih daripada dua kali. Hanya sekali permohonan sahaja.

3. Permohonan yang lewat diterima atau tidak mengikut syarat yang dinyatakan akan ditolak.

4. Hanya permohonan yang dibuat di laman web tertera saja akan diterima proses permohonan.

5. Hanya calon yang layak sahaja akan dipanggil untuk sesi temuduga.

Syarat Kelayakan Permohonan Guru Tabika KEMAS 2019

Antara syarat kelayakan permohonan Guru Tabika KEMAS adalah seperti berikut:

◾Terbuka kepada lelaki dan perempuan dan berstatus warganegara Malaysia sahaja
◾Berumur tidak kurang daripada 21 tahun dan tidak melebihi 35 tahun
◾Pemohon mestilah memiliki kelayakan akademik seperti yang tertera di bawah:
i. Memiliki sijil diploma daripada institusi awam atau swasta yang diiktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi. Pemohon yang memiliki sijil diploma berkaitan pendidikan awal kanak-kanak akan diberi keutamaan.
ii. Kepujian dalam Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). iii. Kakitangan yang bertaraf tetap dan lulusan Kolej Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) tidak layak memohon jawatan ini.

Semakan Status Permohonan Guru Tabika KEMAS

1. Pemohon yang berjaya sahaja akan dipanggil untuk menghadiri sesi temuduga.

2. Tarikh semakan keputusan permohonan Guru Tabika KEMAS akan dikemaskini kelak.

Selamat membuat Permohonan Guru Tabika KEMAS 2019 secara online! Moga anda berjaya menjadi sebagai Guru Tabika KEMAS!

No comments

Powered by Blogger.