Permohonan IKB 2019/2020 Online Institut Kemahiran Baitulmal

Permohonan IKB 2019/2020 Online Institut Kemahiran Baitulmal|BILAKAH tarikh permohonan IKB tahun 2019/2020 dibuka? Panduan buat anda yang berkelayakan untuk mengikuti latihan kemahiran di Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) MAIWP. Menerusi Portal FB Baitulmal MAIWP, permohonan IKB MAIWP 2019/2020 telah dibuka sehingga tarikh tutup 12 Oktober 2018.

Permohonan IKB 2019/2020 Online Institut Kemahiran Baitulmal

Permohonan IKB terbuka kepada semua warga Malaysia yang berpendapatan rendah dan khususnya yang bermastautin di Wilayah Persekutuan.

Permohonan IKB 2019/2020 Online Institut Kemahiran Baitulmal

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan tarikh dan aplikasi permohonan serta syarat kelayakan permohonan:

Cara Permohonan Institut Kemahiran Baitulmal 2019/2020

1. Pemohon perlu layari Portal Rasmi MAIWP menerusi pautan seperti dibawah:
KLIK 👉 IKB MAIWP

2. Sila pastikan Nombor Kad Pengenalan diisi dengan betul.

3. Data yang diisi hendaklah betul dan tepat.

4. Ruangan yang bertanda ** adalah wajib diisi.

5. Permohonan yang lengkap diisi sahaja akan diproses.

6. Pemohon diminta untuk memasukkan email yang sah dan masih digunapakai kerana sebarang maklum balas adalah melalui email.

7. Sila cetak borang permohonan setelah selesai mengisi borang permohonan.

8. Bagi pemohon yang berjaya ke sesi temu duga, sila sediakan dokumen yang berkaitan.

9. Tarikh tutup permohonan adalah pada 12 Oktober 2018.

Syarat Kemasukan IKB MAIWP 2019/2020

Antara syarat kemasukan IKB MAIWP adalah seperti berikut:

1. Terbuka kepada lelaki dan wanita

2. Minima kelulusan akademik tamat
    Darjah 6 sekolah bantuan kerajaan

3. Sihat tubuh badan dan berminat

4. Warganegara Malaysia dan beragama
     Islam

Senarai Kursus Yang Ditawarkan

Antara senarai kursus yang ditawarkan adalah seperti berikut:

◾Kursus Kejuruteraan Elektrik
◾Kursus Rekaan Fesyen Pakaian Lelaki
◾Kursus Rekaan Fesyen Pakaian Wanita
◾Kursus Seni Lukis dan Seni Reka

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan, sila hubungi pihak institut di ikbmaiwp91@gmail.com atau di talian 03 - 9283 0385

Selamat membuat permohonan IKB 2019/2020 Institut Kemahiran Baitulmal secara online!

No comments

Powered by Blogger.