Permohonan Insentif Kelahiran Anak Kedah (IKA) 2019

Permohonan Insentif Kelahiran Anak Kedah (IKA) 2019|BILAKAH tarikh permohonan Insentif Kelahiran Anak (IKA) Kedah tahun 2019? Panduan buat anda yang berminat membuat permohonan Insentif Kelahiran Anak Kedah tahun 2019. Untuk makluman anda, permohonan Insentif Kelahiran Anak Kedah 2019 boleh dibuat melalui Pejabat Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) atau pihak hospital sendiri. Berikut dikongsikan cara permohonan Insentif Kelahiran Anak Kedah tahun 2019 buat panduan anda.

Permohonan Insentif Kelahiran Anak Kedah (IKA) 2019

Sedia maklum, kerajaan negeri memperuntukkan RM2.4 juta bagi membayar insentif kelahiran anak Kedah (IKA) kepada 24,038 bayi yang dilahirkan sejak 2015. Setiap bayi baru lahir akan menerima RM100 iaitu RM80 diberikan dalam bentuk baucer, manakala RM20 lagi melalui Akaun Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i). IKA bertujuan membantu meringankan beban kewangan ibu bapa membuat persediaan menyambut kelahiran bayi mereka dan waris boleh membuat tuntutan dalam tempoh enam bulan selepas kelahiran.

Permohonan Insentif Kelahiran Anak Kedah (IKA) 2019

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara permohonan berserta syarat kelayakan permohonan:

Cara Permohonan Insentif Kelahiran Anak Kedah 2019

1. Ibu bapa boleh mendapatkan borang permohonan melalui Pejabat Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) atau pihak hospital sendiri akan menyerahkan borang selepas kelahiran bayi.

Syarat Kelayakan Permohonan Insentif Kelahiran Anak Kedah

Antara syarat kelayakan permohonan Insentif Kelahiran Anak Kedah adalah seperti berikut:

1. Anak mestilah warganegara Malaysia dan dilahirkan di negeri Kedah

2. Ibu atau bapa kepada anak yang dilahirkan mestilah rakyat negeri Kedah dan menetap di negeri Kedah

3. Ibu atau bapa yang bukan rakyat negeri Kedah tetapi telah menetap dan menjadi pengundi di negeri Kedah.

4. Permohonan boleh dibuat dalam tempoh 6 bulan selepas tarikh bayi dilahirkan.

5. Permohonan boleh dibuat apabila anak telah dilahirkan.

6. Permohonan hendaklah disertakan dengan 2 salinan sijil kelahiran anak dilahirkan, Kad Pengenalan Ibu atau Bapa/ Penjaga.

Artikel Berkaitan:

👉 Permohonan Skim ADAM50

Selamat membuat permohonan Insentif Kelahiran Anak Kedah (IKA) tahun 2019!

No comments

Powered by Blogger.