Permohonan Kad Sihat Johor 2019



Permohonan Kad Sihat Johor 2019|BILAKAH tarikh permohonan Kad Sihat Johor tahun 2019 bakal dibuka? Panduan buat golongan pendapatan B40 yang ingin membuat permohonan Kad Sihat Johor tahun 2019 secara online. Untuk makluman anda, kini permohonan Kad Sihat Johor 2019 telah dibuka secara online melalui Laman Web Sihat Johor atau hadir ke Pejabat Daerah atau Pejabat DUN. Berikut dikongsikan cara permohonan Kad Sihat Johor tahun 2019 buat panduan anda.

Permohonan Kad Sihat Johor 2018

Golongan B40 yang mahu memiliki Kad Sihat Johor disaran hadir ke pejabat daerah masing-masing ataupun pejabat Dun bagi memperoleh manfaat itu. Faedah berkenaan merangkumi nilai rawatan sehingga RM200 bagi individu dan RM500 bagi seisi keluarga untuk dirawat di lebih 200 klinik swasta terpilih.

Permohonan Kad Sihat Johor 2019

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara permohonan beserta syarat kelayakan permohonan dan dokumen penting:

Cara Permohonan Kad Sihat Johor 2019

1. Anda perlu layari Laman Web Rasmi Sihat Johor secara online melalui pautan seperti berikut:
KLIK 👉 www.sihatjohor.com.my

2. Muat Naik Dokumen (Jika Ada)
- Pemohon Muat Naik Dokumen-dokumen ke Sesawang www.sihatjohor.com.my

3. Nombor Rujukan diberikan
- Sistem Maju Sihat akan janakan Nombor Rujukan.

4. Permohonan yang telah lengkap diisi perlu dicetak dan dikemukakan ke Pejabat
Ahli Dewan Negeri atau Penyelaras DUN untuk diperakukan.

Syarat Kelayakan Permohonan Kad Sihat Johor

Antara syarat kelayakan permohonan Kad Sihat Johor adalah seperti berikut:

1. Warganegara Malaysia
2. Lahir di negeri Johor atau telah menetap di Johor
3. Orang yang dilindungi: Pemohon, suami atau isteri dan individu dan umur 21 tahun ke atas
4. Pendapatan isi rumah RM 3,000 ke bawah bagi keluarga dan RM 1,500 ke bawah bagi individu

Manfaat Kad Sihat Johor

Antara manfaat Kad Sihat Johor adalah seperti berikut:

KATEGORI       KELUARGA       INDIVIDU

Had biayaran
kesihatan            RM 500             RM 200
setahun
Had setiap
Rawatan               RM 50               RM 50
Kad kesihatan
Percuma   Satu kad       Satu kad untuk
                          untuk satu    seorang individu
                            keluarga

Permohonan Kad Sihat Johor 2018

Artikel Berkaitan:

👉 Permohonan Takaful Warga Emas Johor
👉 Semakan Status Kad Sihat Johor 2019

Selamat membuat permohonan Kad Sihat Johor tahun 2019! Semoga anda berjaya mendapat permohonan Kad Sihat Johor!

No comments

Powered by Blogger.