Permohonan Pegawai Kadet Graduan 2019 ATM

Permohonan Pegawai Kadet Graduan 2019 ATM|PANDUAN buat anda yang berminat dan berkelayakan membuat permohonan sebagai Pegawai Kadet Graduan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 1/2019. Menerusi Portal Rasmi Markas Angkatan Tentera Malaysia (MAFHQ), permohonan Pegawai Kadet Graduan ATM 2019 kini telah dibuka sehingga tarikh tutup 31 Disember 2018.

Permohonan Pegawai Kadet Graduan 2019 ATM

ATM telah mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan lepasan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) untuk berkhidmat sebagai Pegawai dalam Perkhidmatan Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Permohonan Pegawai Kadet Graduan 2019 ATM

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Permohonan Pegawai Kadet Graduan ATM 2019 termasuk memaparkan syarat kelayakan dan aplikasi permohonan:

Cara Permohonan Pegawai Kadet Graduan 2019

1. Pemohon boleh layari ke laman web www.mafhq.mil.my/ untuk permohonan secara online.

2. Calon juga dikehendaki memajukan resume dan salinan dokumen peribadi seperti kad pengenalan, sijil kelahiran, sijil SPM, transkrip Ijazah, gambar ukuran passport, nombor telefon dan email ke pengambilanpegatm@gmail.com.

Syarat Kelayakan Pengambilan Pegawai Kadet Graduan 2019

Antara syarat-syarat perlantikan Pegawai Kadet lepasan Ijazah adalah seperti berikut:

1. Jantina. Lelaki dan wanita.

2. Umur. Tidak melebihi 27 tahun pada 31 Disember 2018.

3. Taraf kesihatan. Calon-calon mesti lulus pemeriksaan kesihatan dan pergigian dijalankan oleh Pegawai Perubatan ATM. Calon juga mestilah mempunyai tahap penglihatan yang baik tanpa kaca mata dan kanta lekap.

4. Kelayakan Akademik.

i. Kelulusan Asas. Lulus SPM/ SVM atau kelayakan setaraf dengan mendapat kepujian dalam matapelajaran Bahasa Melayu termasuk lulus Ujian Lisan, Bahasa Inggeris dan Matematik.

ii. Kelulusan Pengajian Tinggi. Lulus Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dan memperolehi keputusan Purata Nilaian Gred Kumulatif (PNGK) 2.70 ke atas.

iii. Jurusan diperlukan. Sila layari laman web JOMMASUKTENTERA untuk keperluan senarai jurusan yang ditawarkan.

5. Syarat minimum ukuran fizikal. Berat badan minima 47.5kg (lelaki) dan 40.5 (wanita), tinggi sekurang-kurangnya 1.62cm (lelaki) 1.60cm (wanita), Body Mass Index di antara 18-25 (lelaki) 18-23 (wanita). Ukuran badan minima bagi lelaki adalah 76sm.

Iklan Permohonan Pegawai Kadet Graduan ATM 2019



Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan sila hubungi di talian 03- 20714524/5120/2391.

Selamat membuat Permohonan Pegawai Kadet Graduan ATM 2019 secara online!

No comments

Powered by Blogger.